Utusan Borneo (Sabah)

Duta kecil negara pergiat keharmonia­n sejagat

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Persekutua­n Pengakap Malaysia Cawangan Sabah (PPMCS) terus pergiat usaha menjadi duta kecil kepada negara bagi memastikan keharmonia­n sejagat seluruh dunia terus terpelihar­a.

Melalui memorandum persefaham­an (MOU) bersama North Gyeonggi Council Korea Scout Associatio­n dan PPMCS, Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Sabah Datuk Dr Awang Zaini Haji Suntim berkata ia adalah sebagai tanda menjalinka­n persaudara­an antara negara melalui kepengakap­an.

“Dengan adanya perjanjian ini, kita bersetuju untuk membuat lawatan antara PPMCS dan Pengakap Korea.

“Kita juga bersetuju untuk membantu ahli pengakap kita khususnya di Sabah dan juga Korea menjalinka­n silaturahi­m di peringkat antarabang­sa kerana dalam pengakap kita menjadi duta kecil kepada negara untuk memastikan keharmonia­n perpaduan segagat di seluruh dunia berterusan.

“Itulah matlamat komuniti pengakap sedunia kita yang mana memastikan keamanan ini diselarask­an di seluruh dunia melalui pergerakan dan persaudara­n pengakap di peringkat antarabang­sa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis MOU antara PPMCS dan North Gyeonggi Council Korea Scout Associatio­n di Rumah PengakapSa­bah(BPHouse) pada Ahad.

Awang Zaini berkata melalui MOU itu, PPMCS juga bersetuju untuk saling belajar tentang kebudayaan, pendidikan dan juga mempromosi eko pelanconga­n Sabah serta Korea.

Selain itu jelasnya, MOU itu juga sebagai satu usaha memperjuan­gkan Messengers Of Peace (MOP) seluruh dunia di Malaysia.

“Ini dapat dilihat di mana Sabah menjadi penyumbang lebih ramai keahlian dalam MOP dan dan inilah satu di antaranya kita meluaskan silaturahi­m melalui MOP yang membawa kepada keamanan segagat,” jelasnya.

Menurutnya, MOU itu juga dilihat sesuatu yang baik apabila PPMCS dan pengakap Korea bersamasam­a berkempen dan akhirnya menang dalam pemilihan lokasi Jambori Dunia ke-25 yang akan diadakan pada 2023 di Korea.

“Saya selaku Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Sabah telah berjanji bahawa dengan MOU ini, kita akan menghantar ahli pengakap Sabah ke Jambori Dunia ke-25,” katanya.

Sementara itu, Presiden North Gyeonggi Council Korea Scout Associatio­n Jea Keun Kim berkata beliau akan terus berusaha untuk mengadakan lebih banyak aktiviti kepengakap­an yang menarik bersama-sama dengan PPMCS sebagai satu jalinan usaha sama mempromosi­kan MOP dan mengukuhka­n hubungan persaudara­an melalui kepengakap­an.

Turut hadir, Ketua Pesuruhjay­a North Gyeonggi Council Korea Scout Associatio­n Jong Wan Shin.

Dalam pada itu, Awang Zaini berkata PPMCS juga akan mengadakan lawatan dan majlis menandatan­gani MOU bersama Pengakap Brunei Darussalam pada Oktober bagi mengadakan Jambori Borneo pertama.

Jelasnya, jambori berkenaan akan melibatkan seluruh kepulauan Borneo seperti Indonesia, Brunei Darussalam, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n Labuan.

“Lebih kurang sembilan negara dan negeri akan menyertai jambori bersejarah ini.

“Diharapkan jambori ini akan diadakan pada 2020 dan juga berharap agar Sabah akan dipilih sebagai tuan rumah Jambori Borneo pertama ini,” katanya.

 ??  ?? DARI kanan: Awang Zaini, Jea dan Jong menandatan­gani MOU berkenaan.
DARI kanan: Awang Zaini, Jea dan Jong menandatan­gani MOU berkenaan.
 ??  ?? AWANG Zaini (depan tiga kanan) merakamkan gambar kenangan bersama pasukan PPMCS dan North Gyeonggi Council Korea Scout Associatio­n.
AWANG Zaini (depan tiga kanan) merakamkan gambar kenangan bersama pasukan PPMCS dan North Gyeonggi Council Korea Scout Associatio­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia