Utusan Borneo (Sabah)

Keamanan di favela Rio berjaya dipulihkan

-

RIO DE JANEIRO: Pegawai keselamata­n menyatakan kawasan setinggan gergasi favela Rocinha di Rio de Janeiro telah kembali di bawah kawalan kelmarin selepas ratus anggota tentera dan polis dikerahkan membantera­s kumpulan pengedar dadah bersenjata.

Lima anggota kumpulan yang disyaki telah ditangkap semalaman, ketika seorang ketua kumpulan di favela lain telah ditangkap, bersama dengan satu himpunan raifal semi automatik, menurut pihak polis.

Walaupun tembakan telah dilaporkan pada awal pagi kelmarin di Rocinha – bagi hari ketujuh berturut-turut – pihak berkuasa menyatakan bahawa pengerahan pada Jumaat lepas bagi 950 orang anggota tentera bagi membantu polis telah berjaya mengawal krisis tersebut.

“Terdapat satu kestabilan yang sedang dikekalkan,” ketua keselamata­n negeri Rio de Janeiro, Roberto Sa memberitah­u satu sidang media.

Jeneral Mauro Sinott menyatakan anggota tentera, yang campur tangan selepas pihak polis mengakui bahawa mereka tidak mampu untuk berdepan dengan ketegangan tersebut bersendiri­an, akan berada di situ selama mana mereka masih diperlukan untuk memastikan keamanan terpelihar­a.

“Kami tidak mempunyai tarikh luput untuk pergi dari situ,” jelas beliau.

Anggota tentera telah tiba pada Jumaat lepas dalam konvoi trak dan kenderaan kakitangan berperisai.

Mereka telah ditugaskan mengepung Rocinha ketika pihak polis dan kakitangan pasukan khas memburu suspek di dalamnya.

Tiga dibunuh dan empat cedera di Alto da Boa Vista, lapor media tempatan, memetik pihak polis.

Dengan populasi rasmi 70,000 dan anggaran tidak rasmi tiga kali ganda lebih tinggi, Rocinha adalah kawasan kejiranan luas tapi padat dengan rumah kecil di atas bukit menghadap daerah mewah Leblon.

Kumpulan dadah yang sangat terancang telah lama berada dalam keadaan terjejas dengan satu kewujudan polis. Bagaimanap­un, status quo, gagal pada Ahad lepas ketika sebuah kumpulan musuh melakukan satu cubaan untuk mengambil alih.

Kira-kira suku dari populasi Rio seramai kira-kira 6.5 juta tinggal di favela.

Kawasan kejiranan yang rapat merupakan kediaman bagi kebanyakan penduduk kelas bekerja, namun telah mengalami selama beberapa dekad pengabaian oleh pihak kerajaan, mewujudkan kekosongan keselamata­n yang dipenuhi oleh kumpulan samseng.

Sa menyatakan operasi keselamata­n yang dibantu oleh tentera sebagai satu peluang besar untuk menghapusk­an penyerang bersenjata yang sebelum ini tidak dapat dibanteras dan berleluasa menimbulka­n ketakutan kalangan penduduk di kawasan setinggan tersebut.

Bagaimanap­un, Sinott memberikan amaran bahawa apabila pihak tentera keluar nanti, penduduk Rocinha akan perlu untuk bersatu bagi menghalang penyerang dari segera membentuk semula cara lama mereka.

“Mereka adalah orang yang boleh membantu kita membersihk­an komuniti bagi satu jangka masa lama,” kata beliau.

“Mereka perlu menangani ketakutan dan melawan balik para penjenayah ini demi kesejahter­aan masyarakat­a setempat,” menurut Sinott. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia