Utusan Borneo (Sabah)

Kontrak hadapan MSM diniaga lebih rendah

-

KUALA LUMPUR: Kontrak hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniaga lebih rendah minggu ini berikutan simpanan stok yang tinggi serta pembetulan teknikal, kata peniaga.

Peniaga Minyak Sawit Kanan Interband Group, Jim Teh berkata, bagaimanap­un kejatuhan itu disekat oleh minat belian dari China, India dan Pakistan menjelang musim perayaan.

“Pasaran MSM diramal mengukuh antara RM2,500 dan RM2,600 satu tan metrik disebabkan harga tinggi melebihi RM2,700 satu tan metrik ketika ini,” katanya kepada Bernama.

Harga MSM keseluruha­nnya lebih rendah pada minggu yang dipendekka­n oleh cuti, terutama dipengaruh­i harga minyak kacang soya dan jangkaan pengeluara­n data eksport oleh pengukur kargo.

Pada Rabu, Intertek Testing Services berkata, eksport produk minyak sawit Malaysia pada 20 hari pertama September meningkat 25.4 peratus kepada 852,206 tan metrik daripada 679,539 tan metrik dalam tempoh sama bulan lepas.

Sementara itu, pada asas Khamis ke Jumaat, Oktober 2017 jatuh RM146 kepada RM2,748 satu tan metrik, November 2017 susut RM126 kepada RM2,735 satu tan metrik, Disember 2017 turun RM98 kepada RM2,737 satu tan metrik dan Januari 2018 berkurang RM79 kepada RM2,740 satu tan metrik.

Jumlah dagangan mingguan jatuh kepada 221,608 lot berbanding 311,631 lot minggu lepas dan kepentinga­n terbuka merosot kepada 261,316 kontrak berbanding 282,785 kontrak sebelum ini.

Di pasaran fizikal, September Selatan turun RM135 kepada RM2,765 satu tan metrik berbanding RM2,900 satu tan metrik Jumaat sebelumnya.

Pasaran ditutup pada Jumaat sempena cuti umum Awal Muharam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia