Utusan Borneo (Sabah)

SARANG PTI DIGEMPUR

Polis serbu sembilan penempatan, 20 warga Filipina ditahan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Sebanyak sembilan lokasi penempatan pendatang tanpa izin (PTI) diserbu dalam operasi bersepadu di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra berkata, operasi terbabit melibatkan kawasan Manggatal, Inanam, Luyang dan bandaraya.

Menurutnya, seramai 20 warga Filipina ditangkap dalam operasi yang dijalankan bermula jam 1 hingga 10 pagi itu.

Katanya, penempatan yang diserbu termasukla­h Taman Bunga Dahlia Lido Luyang, rumah setinggan Bukit Padang, rumah kongsi di Taman Khidmat Luyang, rumah kongsi belakang Metro Town Luyang, dan rumah setinggan di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Selain itu jelasnya, turut diperiksa rumah kongsi Eco Park Manggatal, rumah setinggan Kampung Lokob Manggatal, rumah setinggan Kampung Lobou Tebobon, dan rumah setinggan di Bukit Nenas.

“Kesemua tangkapan berumur dalam lingkungan setahun hingga 58 tahun termasukla­h sembilan lelaki, empat wanita dan tujuh kanak-kanak.

“Polis kemudianny­a membawa semua PTI yang ditangkap ke lokap berpusat selepas proses dokumentas­i dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini,” katanya di sini.

Beliau berkata, sepanjang operasi dijalankan, seramai 56 individu diperiksa membabitka­n 53 warga Filipina dan tiga warga Indonesia.

Chandra berkata, tumpuan lokasi operasi dijalankan untuk pencegahan jenayah di kawasan yang mencatat kenaikan kadar jenayah.

Pada masa sama katanya, lokasi terbabit berpotensi sebagai sarang penjenayah serta pengedaran dadah terutama kawasan Manggatal, Inanam, Kota Kinabalu dan Luyang.

Operasi berkenaan turut melibatkan penandaan rumahrumah oleh Dewan Bandaraya Kota KInabalu (DBKK).

 ??  ?? PTI yang ditangkap dibawa ke lokap berpusat untuk proses dokumentas­i.
PTI yang ditangkap dibawa ke lokap berpusat untuk proses dokumentas­i.
 ??  ?? ANGGOTA polis memeriksa salah satu rumah setinggan dalam operasi itu.
ANGGOTA polis memeriksa salah satu rumah setinggan dalam operasi itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia