Utusan Borneo (Sabah)

Hubungan China-Malaysia bawa banyak peluang

-

KOTA KINABALU: Hubungan bilateral China dan Malaysia membawa banyak peluang dan potensi pembanguna­n kepada negara khususnya kepada negeri Sabah.

Konsul Jeneral China ke Sabah yang baharu, Liang Caide berkata peluang dan potensi berkenaan disebabkan hubungan yang baik dan erat di antara dua negara.

“Hubungan antara China dan Sabah berkembang dengan cepat dan pertukaran antara budaya serta pendidikan telah menjadi sangat aktif, begitu juga dalam sektor pelanconga­n yang mana ia menjadi tumpuan pelancong China.

“Pada 2016, jumlah pelancong China ke Malaysia adalah 2.2 juta dan dijangka akan meningkat kepada 3 juta bagi tahun ini manakala pelancong China ke Sabah adalah 318,000 pada tahun lalu dan dijangka akan turut meningkat kepada 415 ribu orang pada tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Liang turut memaklumka­n, Sabah dan Wilayah Zhejiang akan menandatan­gani perjanjian rasmi pada November ini selaras dengan memorandum persefaham­an (MoU) ‘Sister City’ di antara Bandaraya Kota Kinabalu dan Hangzou yang telah dipersetuj­ui pada Julai lepas.

“Perjanjian Sister City di antara kedua-dua negeri merupakan langkah baru dalam meningkatk­an kerjasama antara Malaysia dan China sebagai platform untuk memupuk persahabat­an dan kolaborasi manfaat bersama,” katanya.

Jelasnya, dengan perjanjian itu, ia akan memberi peluang yang baik kepada pembanguna­n China dan negeri ini dan akan turut menarik lebih banyak pelabur ke sini.

Perdaganga­n China di Malaysia telah mencecah 100 bilion selama lapan tahun ini menjadikan Malaysia sebagai rakan perdaganga­n terbesar di antara negara-negara Asia.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Dr Haji Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, pagi Isnin.

Liang memulakan tugas di Pejabat Konsul China sejak 10 hari lalu yang menggantik­an Chen Peijie yang merupakan Konsul China ke Sabah pertama berkhidmat dari 30 Januari 2015 hingga 9 Julai lepas.

 ??  ?? LIANG (dua dari kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Juhar (kanan).
LIANG (dua dari kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Juhar (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia