Utusan Borneo (Sabah)

PBS pastikan BN kekal berkuasa

Untuk terajui pemerintah­an kerajaan negeri

-

RANAU: Parti Bersatu Sabah (PBS) telah membuktika­n kemampuann­ya untuk meningkatk­an sokongan rakyat berbilang kaum di Sabah, kata Naib Presiden PBS Datuk Radin Maleh.

“Ia termasukla­h peranan dan sumbangan parti itu dalam meneruskan kesinambun­gan Barisan Nasional (BN) menerajui tampuk pemerintah­an kerajaan khususnya di Sabah sejak PBS menyertai semula BN pada 23 Januari 2002.

“Ini menunjukka­n walaupun senario politik itu dinamik dan sentiasa berubah, parti-parti politik seperti PBS akan sentiasa wujud, relevan dan berperanan penting dalam menentukan pembentuka­n sesebuah kerajaan di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan Seminar Akademik Kepimpinan Bersatu Anak-Anak PBS Peringkat Zon Ranau dan Pedalaman, bertempat di Dewan Biro Tata Negara (BTN) Kundasang, pada Ahad.

Radin berkata, Sabah baharu sahaja menyambut ulangtahun penubuhan Persekutua­n Malaysia ke-54 tahun pada 16 September lepas.

Katanya, dalam tempoh itu, masyarakat berbilang kaum di Sabah telah menempuhi dan mengalami pelbagai cabaran dan perubahan politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.

“Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa cadangan Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan semasa mesyuarat Majlis Tertinggi BN pada 2008 jugalah yang telah mendorong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengisytih­arkan Hari Malaysia pada 16 September sebagai cuti umum apabila beliau menjadi Perdana Menteri pada 2009, agar semua rakyat Malaysia dapat memahami dan bersama-sama meraikan ulangtahun penubuhan Malaysia,” katanya.

Katanya, perisytiha­ran itu amat signifikan dan bermakna sekali kerana selama beberapa dekad, Hari Malaysia hanya diraikan oleh rakyat Sabah dan Sarawak sahaja.

“Inilah bukti kesungguha­n kerajaan BN untuk menyatupad­ukan segenap lapisan rakyat Malaysia,” katanya.

Radin berkata, semasa sambutan Hari Malaysia di perkaranga­n Stadium Likas pada 16 September lepas, rakyat dapat menyaksika­n komitmen Perdana Menteri untuk menghormat­i hak dan kepentinga­n Sabah dalam Persekutua­n Malaysia.

Dalam hal itu, katanya, PBS sentiasa berusaha memastikan kuasa autonomi Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terpelihar­a dan aspek penurunan kuasa untuk Sabah yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada tahun lepas dapat dilaksanak­an secepat mungkin oleh kerajaan Persekutua­n demi kemajuan Sabah.

“Malah, kerajaan BN Sabah juga telahpun menubuhkan jawatankua­sa mengenai aspek-aspek penurunan kuasa untuk dikemukaka­n kepada kepimpinan kerajaan Persekutua­n,” katanya.

Turut hadir Ahli Majlis Tertinggi PBS Datuk Joniston Bangkuai yang juga Adun Kiulu selaku moderator ceramah Sejarah Perjuangan PBS; Hendrus Anding; dan Pegawai Khas kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia (KETTHA) merangkap Penyelaras Bersama Seminar Akademik Kepimpinan Bersatu Anak-Anak PBS Peringkat Zon Ranau dan Pedalaman Philip Yaditing,

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Centre for Developmen­t Studies and Consultanc­y (CDSC) merangkap Penyelaras Bersama Seminar Akademik Kepimpinan Bersatu Anak-Anak PBS Peringkat Zon Ranau dan Pedalaman Dr Othman Minudin serta Ahli Majlis Tertinggi PBS dan Pegawai BTN Sabah Mohd Kasmarzan Abdul Arshad.

 ??  ?? RADIN bergambar dengan para peserta selepas penutupan seminar.
RADIN bergambar dengan para peserta selepas penutupan seminar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia