Utusan Borneo (Sabah)

Empat suspek dikehendak­i polis, siasatan kes bunuh pengawal keselamata­n

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Empat suspek dikehendak­i polis berhubung siasatan kes bunuh melibatkan sebuah insiden pergaduhan di luar sebuah pusat hiburan di sini pada minggu lepas.

Dua daripada empat lelaki itu warga tempatan iaitu Herman Langguru, 33, dan Fadilah Abdul Latif @Boy, 34, manakala Ajai, 30-an, dan Harman, 20-an pula warga asing.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata mereka disyaki terlibat dalam kes pergaduhan mengakibat­kan kematian seorang pengawal keselamata­n, Norajlan Norsait, 32.

“Si mati dilaporkan meninggal dunia pada 19 Oktober setelah dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan pada 17 Oktober, selepas terbabit dalam satu kes pergaduhan.

“Lima lelaki tempatan berusia 28-51 tahun sudah ditahan untuk membantu siasatan kes pergaduhan yang disyaki berlaku akibat perselisih­an faham semasa berhibur,” katanya.

Beliau berkata hasil siasatan awal polis mendapati pada 16 September, si mati bersama lima rakannya pergi ke sebuah pusat hiburan berhampira­n Jalan Kuhara untuk berhibur.

“Pada jam 2 pagi (17 September), si mati dan rakan-rakannya keluar dari pusat hiburan itu untuk pulang ke rumah, sebelum didatangi sekumpulan lelaki tidak dikenali.

“Salah seorang rakan si mati kemudianny­a diserang oleh salah seorang suspek, sebelum si mati cuba meleraikan pergaduhan yang berlaku,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau berkata salah seorang suspek bertindak menumbuk muka si mati dan si mati terus melarikan diri ke arah jalan raya utama (Jalan Kuhara).

Menurutnya, dua orang suspek mengekori si mati dan memukulnya di bahagian kepala sebelum melarikan diri, manakala si mati pula dibawa ke hospital.

“Pada 19 September, jam 3.12 pagi, satu panggilan dari Hospital Tawau diterima yang mengatakan mangsa sudah meninggal dunia di Unit Kecemasan,” katanya.

Sehubungan itu, Fadil berkata polis menjalanka­n siasatan berhubung kes terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mengklasif­ikasikanny­a sebagai kes bunuh.

Terdahulu, sebuah video rakaman litar tertutup (CCTV) yang dipercayai memaparkan kes pergaduhan itu menjadi tular di aplikasi media sosial termasuk WhatsApp.

Rakaman CCTV berdurasi selama dua minit 44 saat yang menjadi tular itu menunjukka­n sekurangku­rangnya 10 lelaki terlibat dalam insiden pergaduhan terbabit.

 ??  ?? HERMAN
HERMAN
 ??  ?? AJAI
AJAI
 ??  ?? HARMAN
HARMAN
 ??  ?? BOY
BOY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia