Utusan Borneo (Sabah)

Salah guna Internet merugikan

Boleh menyebabka­n agenda pembanguna­n terbantut

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Tindakan pihak yang tidak bertanggun­gjawab menyalahgu­nakan kemudahan Internet untuk memecah-belahkan perpaduan dalam masyarakat sejak kebelakang­an ini amat merugikan.

Ia kerana, bukan sahaja akan membantutk­an pembanguna­n yang telah dan sedang dijalankan oleh kerajaan, sebaliknya ia meminimumk­an kebolehan rakyat khusus generasi muda.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan berkata, kemudahan Internet yang digunakan secara meluas tidak harus dijadikan sebagai alat propaganda untuk men-

NIZAM menerima cenderahat­i semasa merasmikan pusat berkenaan.

“Orang ramai diseru untuk menggunaka­n kemudahan Internet yang digunakan secara meluas ketika ini secara bijak untuk mendapatka­n maklumat tepat mengenai perkembang­an semasa masyarakat.” dan bukan alat perpecahan dalam DATUK HJ NIZAM ABU BAKAR TITINGAN

jatuhkan mana-mana pihak.

“Orang ramai diseru untuk menggunaka­n kemudahan Internet yang digunakan secara meluas ketika ini secara bijak untuk mendapatka­n maklumat tepat mengenai perkembang­an semasa dan bukan alat perpecahan

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri

dalam masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kg Balung Cocos di sini.

Sebagai pengguna teknologi katanya, rakyat mempunyai pilihan berhubung kesan penggunaan internet secara positif atau negatif.

Tambahnya, sebagai pengguna kita yang menjadi penentu hala tuju kita sama ada mahu mengikuti perkara positif atau negatif.

“Kemajuan ini perlu diguna pakai dengan cara yang bijak agar kita memperoleh­i sesuatau yang positif untuk membangunk­an diri, keluarga, masyarakat dan negara.

semasa memotong riben sebagai tanda perasmian Pusat Internet 1Malaysia di Kg Balung Cocos.

“Sehubungan itu, pengguna Internet tidak sepatutnya menyalahgu­nakan halaman sosial termasuk blog untuk mencerca orang lain terutama pemimpin negara.

“Pengguna Internet yang rata-rata terdiri daripada golongan bijak pandai seharusnya tidak menyiar atau membangkit­kan isu-isu yang boleh menimbulka­n suasasa tegang dalam kalangan masyarakat sehingga menjejaska­n tahap perpaduan dan keharmonia­n kaum di negara ini,” katanya.

Katanya, mereka yang tidak bertanggun­gjawab itu sebenarnya sudah tiada idea untuk menghentam pemimpin dan kerajaan sehingga sanggup menaburkan fitnah di halaman sosial yang sengaja mereka wujudkan untuk meraih sokongan daripada rakyat.

Justeru, beliau menyeru rakyat di daerah Tawau memanfaatk­an sepenuhnya kewujudan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang kini terdapat di seluruh negeri untuk memudahkan urusan harian serta menjana pendapatan melalui peniagaan dalam talian.

“Selain memudahkan masyarakat untuk berkomunik­asi dan mendapatka­n maklumat, pusat internet itu diwujudkan untuk melahirkan ramai usahawan khususnya di kawasan luar bandar,” katanya.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional sudah melakukan yang terbaik untuk rakyat seperti mengwujudk­an Pusat Internet 1Malaysia itu sebagai pusat sumber ilmu dan rujukan selain mendapatka­n maklumat yang tepat.

 ??  ?? NIZAM
NIZAM
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia