Utusan Borneo (Sabah)

Judi sabung ayam, tiga lelaki didenda RM1,500

-

KOTA KINABALU: Tiga lelaki antaranya seorang pemegang kad IMM13, dikenakan denda RM1,500 atau penjara tiga bulan, di Mahkamah Majistret, kerana terlibat dalam perjudian sabung ayam.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menjatuhka­n hukuman itu terhadap Chong Kim Fui@Daniel, 44, James Yong Ket Fah, 65, dan Sabrie Abdul Suhud, 22, selepas mengaku bersalah.

Mereka didapati terlibat dalam pertaruhan terbabit, pada 27 Ogos jam 5.10 petang di sebuah rumah Kampung Kadayun, Putatan.

Untuk itu, ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Pertaruhan 1953 yang boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara selama enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, pengadu bersama sepasukan polis menjalanka­n operasi Ops Dadu pada hari sama, setelah menerima maklumat mengenai pertaruhan judi sabung ayam.

Pihak polis menangkap sembilan lelaki dan dua wanita, serta merampas barangan yang dipercayai digunakan dalam perjudian berkenaan.

Hasil siasatan menunjukka­n, semua suspek mengaku terlibat dalam perjudian sabung ayam terbabit.

Mahkamah juga memerintah­kan 14 ekor ayam sabung yang dirampas pihak polis dilupuskan oleh pihak pendakwaan.

Sementara itu, Sabrie diperintah­kan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutny­a.

Pegawai Pendakwa Insp Suzie@Stephanie Kupit bertindak untuk pihak pendakwaan.

Dalam kes berasingan, Majistret Jessica Ombou Kakayun mengenakan denda RM1,200 terhadap tujuh pesalah trafik, antaranya seorang wanita kerana memandu dalam keadaan mabuk.

Mereka dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Kesalahan berkenaan dilakukan pada 11 Januari 2015 hingga 4 September di kawasan Penampang dan ibu negeri.

Hukuman yang diperuntuk­kan, denda antara RM1,000 hingga RM6,000 atau penjara selama setahun.

Sekiranya gagal membayar denda berkenaan, penjara selama tempoh dua hari dikenakan.

Pegawai Pendakwa Insp Hanif Mamyudi dari Jabatan Trafik mewakili pihak pendakwaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia