Utusan Borneo (Sabah)

Pemilik kedai didenda 20 kali ganda, simpan minuman keras tanpa cukai

-

KOTA KINABALU: Seorang pemilik kedai didenda RM19,408.80 atau penjara 12 bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan menyimpan pelbagai jenis minuman keras tanpa cukai.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus mengenakan denda 20 kali ganda itu terhadap Tay Ling, 58, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967, yang dihukum mengikut Seksyen 135 (1) (iii)(aa) akta sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, denda tidak kurangsepu­luhkaligan­danilai barang dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai, atau penjara selama tempoh tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh didapati menyimpan minuman berkenaan yang bernilai RM970.44 pada 6 September jam 4.25 petang di kedai kopi Mei-Mei, Jalan Tugu, Kampung Air, di sini.

Semasa rayuan, Tay yang tidak diwakili peguam menyatakan dirinya seorang balu yang perlu menanggung cucunya, dan memohon dendanya dikurangka­n.

Dalam pada itu, Pegawai Pendakwa Zuraynee Ahmad Zaidi dari Jabatan Kastam meminta hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh.

Sementara itu, Majistret Jessica Ombou Kakayun mengenakan denda sebanyak RM12,074.40 atau penjara enam bulan terhadap seorang pemilik kedai atas kesalahan yang sama.

Mahkamah mengenakan denda 15 kali ganda terhadap Ee Kim Hua, 45, selepas mengaku bersalah menyimpan 17 karton minuman keras tanpa cukai.

EeKimHua,45,menyimpan semua minuman berkenaan yang bernilai RM809.96, pada 6 September jam 4.30 petang di Pinoy Cafe House, Kampung Air, di sini.

Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam menyatakan tidak mengetahui sekiranya minuman terbabit tidak dibayar cukai, kerana baru mengambil alih pernigaan itu sejak 10 bulan lalu.

Bagaimanap­un, Pegawai Pendakwa Janet S.LInggu dari Jabatan Kastam meminta hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia