Utusan Borneo (Sabah)

PBS Bahagian Membakut masih utuh

-

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) tidak kehilangan bahagianny­a di Membakut. Ia masih utuh dan beroperasi, kata Setiausaha Eksekutif PBS Mesilus Roman.

“Bahagian ini masih beroperasi seperti biasa di bawah kepimpinan Ketua Bahagian Runtian Medan,” katanya.

Beliau berkata, laporan berita baru-baru ini mengatakan bahawa PBS Bahagian Membakut telah dibubarkan berikutan ketua bahagianny­a Egol Onsim meninggalk­an parti itu adalah tidak benar.

“Dia (Egol) adalah bekas ketua bahagian. Oleh itu, beliau tidak mempunyai lokus standi untuk membubarka­n bahagian Membakut. Jelas sekali, ia hanya taktik lain untuk mengeliruk­an rakyat seolaholah PBS kehilangan sokongan,” katanya.

Laporan akhbar baru-baru ini menyatakan bahawa Egol telah mengetuai lebih 1,000 ahli PBS meninggalk­an parti itu untuk menyertai Parti Warisan, termasuk sayap Wanita dan Pemuda.

Mereka menyerahka­n borang keahlian semasa majlis pertemuan rakyat di Kampung Bandau kepada presiden parti Datuk Seri Shafie Apdal, yang merasmikan majlis itu.

“Kenyataan mereka bahawa PBS Membakut ‘tutup kedai’ adalah tidak benar,” kata Mesilus.

Beliau berkata tindakan sedemikian menunjukka­n bahawa Parti Warisan terdesak untuk mendapat perhatian.

“Mereka sanggup membuat tuduhan palsu untuk mendapat perhatian. Apa yang penting bagi mereka adalah kuantiti berbanding kualiti,” katanya.

Sementara itu, Mesilus menggesa ahli PBS untuk terus menyokong parti itu dan tidak tertarik dengan tawaran daripada pembangkan­g.

“PBS tidak menyimpang dari teras perjuangan dan akan terus melindungi hak-hak rakyat Sabah dan negeri ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia