Utusan Borneo (Sabah)

Penyampaia­n hadiah Melukis Kad Hari Guru pada 28 Sept

-

KOTA KINABALU: Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Siringan Gubat dijangka menyampaik­an hadiah Pertanding­an Melukis Kad Hari Guru 2017 di sebuah hotel di sini pada 28 September ini.

Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Hjh Maimunah Hj Suhaibbul dan timbalan pengarah Datuk Dr Hj Mohd Kassim Hj Mohd Ibrahim.

Pada majlis itu, seramai 144 murid akan menerima hadiah, iaitu 50 hadiah cemerlang (RM100, trofi dan sijil dan 94 menerima saguhati (RM 50, trofi dan sijil).

Bertemakan ‘Keranamu Saya Sayang’, penganjur menerima 1,192 penyertaan (Sekolah Kebangsaan 367 penyertaan, SRJKC 514 penyertaan dan Sekolah Menengah 311 penyertaan) bagi 10 kategori, termasuk melukis menggunaka­n komputer dan terbuka kepada murid dan pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh Sabah.

Yang Dipertua Majlis Guru Besar Daerah Kota Kinabalu Hj Abdul Gahni Hj Mohd Kassim, berkata hasil karya pemenang cemerlang dicetak dalam bentuk kad Hari Guru dalam tiga bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Cina, serta telah diedarkan kepada sekolah-sekolah seluruh Sabah sempena sambutan Hari Guru 16 Mei yang lalu.

Katanya, pertanding­an itu mendapat tajaan sepenuhnya daripada Kementeria­n Pembanguna­n Sumber dan Teknologi Maklumat Negeri Sabah sejak tahun 2005.

Ia dijayakan bersama Persatuan GuruGuru Sekolah Cina Sabah (NGO), Majlis Guru Besar Daerah Kota Kinabalu dan Majlis Guru Besar SRJK (C) Daerah Kota Kinabalu.

 ??  ?? MESYUARAT jawatankua­sa sambutan di SRJKC Chung Hwa Kota Kinabalu dipengerus­ikan oleh Hj Abdul Gahni Hj Mohd Kassim (duduk lima dari kanan) dan YDP MGB SRJKC, Datuk Eng Thiam Leong (duduk empat dari kanan).
MESYUARAT jawatankua­sa sambutan di SRJKC Chung Hwa Kota Kinabalu dipengerus­ikan oleh Hj Abdul Gahni Hj Mohd Kassim (duduk lima dari kanan) dan YDP MGB SRJKC, Datuk Eng Thiam Leong (duduk empat dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia