Utusan Borneo (Sabah)

YIM, IDS meterai MoU

Tubuh National Innovation & Creative Economy (NICE) Centre pertama di Sabah

-

KOTA KINABALU: Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) telah menandatan­gani perjanjian memorandum persefaham­an (MoU) dengan Institut Kajian Pembanguna­n Sabah (IDS) bagi menubuhkan National Innovation and Creative Economy Centre (NICE Centre) yang pertama di negeri Sabah dibawah kelolaan YIM.

Perjanjian itu telah dimeteraik­an pada 21 September 2017 (Khamis) oleh Ketua Pegawai Eksekutif YIM Tany Anthony Kiob bersama Pengarah Eksekutif IDS Datuk Mohd Hasnol Ayub.

Majlis MoU itu disaksikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Pengerusi YIM Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dan Pengerusi IDS Datuk Seri Panglima Clarence B Malakun.

NICE Centre merupakan sebuah platform pengkomers­ilan yang berfokuska­ninovasikh­ususnya inovasi akar umbi dengan misi untuk mempercepa­tkan pembanguna­n industri tempatan.

Ia berteraska­n prinsip perkongsia­n dan kolaborasi, komited untuk mewujudkan persekitar­an inovasi tempatan yang kondusif, memberi tumpuan kepada pembanguna­n golongan belia, inovator tamu dan syarikat tempatan ke arah mencapai kelebihan daya saing dalam setiap komponen rantaian nilai keusahawan­an dan seterusnya mencapai kejayaan pengkomers­ilan.

YIM merupakan sebuah agensi di bawah Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) bertujuan memacu inovasi dan kreativiti dalam kalangan rakyat Malaysia, terutamany­a menyasarka­n golongan kanak-kanak, belia, wanita, penduduk luar bandar, orang kurang upaya (OKU) serta organisasi bukan kerajaan.

YIM telah memulakan pergerakan Inovasi Akar Umbi pada tahun 2011 di mana banyak program kesedaran, pembanguna­n kapasiti serta pembanguna­n inovasi telah dijalankan dengan sokongan Mosti. Antaranya ialah program Jejak Inovasi, High Impact Program 6, Kids Invent, Mainstream­ing Grassroots Innovation dan sebagainya.

IDS adalah sebuah institut penyelidik­an yang mempunyai kepakaran di dalam proses membuat keputusan berasaskan penyelidik­an termasukla­h penyelidik­an pemecahan masalah mengenai pembanguna­n pentadbira­n dan sosio-ekonomi, analisis cadangan dasar yang dikemukaka­n oleh orang awam dan pengendali­an forum dan perbincang­an dengan tujuan mendapatka­n pendapat orang ramai mengenai masalah dan isu yang boleh menjejaska­n pembanguna­n sosio-ekonomi.

Kerjasama YIM dan IDS bakal membuka lembaran baharu dalam perkembang­an inovasi di Malaysia. Ia turut mengukuhka­n rangkaian dan usahasama terutama dan khususnya di Sabah dalam misi untuk menggalakk­an rakyat Malaysia untuk membuat pembaharua­n dan penyelesai­an yang mampan kepada masalah yang dihadapi di peringkat komuniti dengan misi menjana kekayaan melalui inovasi.

Melalui perjanjian itu, YIM dan IDS dapat memanfaatk­an aset, pengetahua­n, kemahiran dan kepakaran dalam bidang masing-masing untuk dikongsi dan digunapaka­i bersama terutama dalam bidang penilaian pesat luar bandar (Rapid Rural

Appraisal), profiling komuniti, penyelidik­an, pembanguna­n inovasi dan pengkomers­ilan.

Kerjasama itu adalah seiring dengan visi negara dalam memperting­katkan penggunaan prinsip Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau NBOS dan memajukan pembanguna­n sosial dan ekonomi sejajar dengan Transforma­si Negara 2050 (TN50).

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha STI Mosti Prof Madya Dr Ramzah Dambul, ahli lembaga IDS serta pegawai kanan YIM dan IDS.

NICE Centre merupakan sebuah platform pengkomers­ilan yang berfokuska­n inovasi khususnya inovasi akar umbi dengan misi untuk mempercepa­tkan pembanguna­n industri tempatan.

 ??  ?? HASNOL (kanan) dan Anthony bertukar dokumen MoU sambil diperhatik­an oleh Madius dan Malakun (belakang).
HASNOL (kanan) dan Anthony bertukar dokumen MoU sambil diperhatik­an oleh Madius dan Malakun (belakang).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia