Utusan Borneo (Sabah)

Ketahui dasar, peranan SPRM

Warga Lubok Temiang meriahkan Kejar 17

-

LABUAN: Kira-kira 200 penduduk Kampung Lubok Temiang telah memeriahka­n program Kembara Jelajah Anti Rasuah (Kejar 17) peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan anjuran Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutua­n Labuan.

Program yang diadakan di Balai Raya Kampung Lubok Temiang itu dihadiri Ahli Dewan Negara Senator Datuk Haji Bashir Alias sekaligus menyempurn­akan majlis penutupan.

Pada majlis itu, turut diadakan dialog yang menampilka­nPengarahS­PRM Labuan Abdulamin Abdillah, Pengarah KPDNKK Labuan Arun Fazhillah Hamdan dan Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan Labuan Muhammad Saini Suriansah selaku ahli panel manakala pegawai Jabatan Penerangan Labuan Ramlen Salleh sebagai moderator.

Turut hadir, Ketua Kampung Lubok Temiang Nordin Ahmad.

Terdahulu, Bashir menyempurn­akan pelancaran Kejar dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan di Pasar Sentral UTC sebelum meneruskan program itu bersama penduduk Kampung Sungai Labu.

Beliau mengucapka­n terima kasih dan penghargaa­n kepada SPRM Labuan yang mengadakan program itu bersama masyarakat kampung.

Katanya, menerusi program itu,pendudukka­mpungbukan sahaja dapat mengetahui dasar dan peranan yang dimainkan SPRM tetapi juga berpeluang mengetahui lebih dekat aktiviti yang dijalankan agensi kerajaan itu.

Sementara itu, Abdulamin berkata SPRM sentiasa mengalu-alukan aduan daripada penduduk kampung mengenai sebarang salah laku dan penyelewen­gan yang berlaku di persekitar­an mereka.

“SPRM Labuan sentiasa terbuka menerima aduan daripada penduduk kampung berkaitan rasuah bagi memastikan gejala rasuah dapat ditangani di Labuan,” katanya.

Program Kejar ini juga membuka peluang kepada SPRM untuk lebih mendekati masyarakat di seluruh pelosok negara, yang mana dapat disaksikan dengan pertemuan beramah mesra pegawai-pegawai SPRM dengan masyarakat untuk menyebarlu­as mesej antirasuah.

Beliau turut mengucapka­n terima kasih kepada agensi

SPRM Labuan sentiasa terbuka menerima aduan daripada penduduk kampung berkaitan rasuah bag“i memastikan gejala rasuah dapat ditangani di Labuan.

ABDULAMIN ABDILLAH

Pengarah SPRM Labuan kerajaan yang menjayakan turut menjayakan program Kejar 2017 sempena Ulangtahun SPRM ke-50 pada tahun ini.

Sementara itu, Nordin mengucapka­n terima kasih kepada SPRM Labuan kerana memilih Kampung Lubok Temiang sebagai lokasi majlis penutupan program Kejar 2017.

“Kami sentiasa bersedia untuk menjadi penganjur bersama agensi kerajaan dan swasta menjayakan program yang memberi manfaat kepada penduduk Kampung Lubok Temiang,” katanya.

Pada majlis penutupan itu, Bashir turut menyampaik­an sumbangan kepada 15 golongan asnaf di Kampung Lubok Temiang.

 ??  ?? BASHIR (dua kiri) dan Abdulamin (tiga kiri) bersama kakitangan SPRM yang menjayakan program Kejar 2017.
BASHIR (dua kiri) dan Abdulamin (tiga kiri) bersama kakitangan SPRM yang menjayakan program Kejar 2017.
 ??  ?? PENDUDUK bertuah menerima hamper yang disampaika­n Bashir di Kampung Lubok Temiang.
PENDUDUK bertuah menerima hamper yang disampaika­n Bashir di Kampung Lubok Temiang.
 ??  ?? BASHIR menyampaik­an bantuan kepada golongan asnaf.
BASHIR menyampaik­an bantuan kepada golongan asnaf.
 ??  ?? RAMLEN (dua kiri) menerima cenderamat­a daripada Bashir sambil diperhatik­an Abdulamin (kiri) dan Nordin (kanan).
RAMLEN (dua kiri) menerima cenderamat­a daripada Bashir sambil diperhatik­an Abdulamin (kiri) dan Nordin (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia