Utusan Borneo (Sabah)

‘The Signature Food Fest 2017’ pada hujung minggu ini

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: ‘The SignatureF­oodFest201­7’kini kembali menemui peminat selepas mencapai kejayaan besar pada penganjura­n yang diadakan tahun lalu.

Pengerusi Penganjur Alfred Allen Ginsos berkata, festival yang dianjurkan oleh Eleventh Avenue Media Marketing itu akan diadakan di pusat beli-belah Suria Sabah bermula 29 September sehingga 1 Oktober.

“Acara yang diadakan selama tiga hari ini akan bermula pada jam 11 pagi hingga 10 malam di tingkat bawah pusat beli-belah itu.

“Ini adalah tahun ke4 festival ini diadakan dan konsep kali ini masih kekal seperti sebelumnya yang mana setiap restoran yang menyertai festival ini dikehendak­i mempamerka­n hidangan utama mereka,” katanya pada satu sidang media di sini pada Isnin.

Beliau berkata, menu utama yang dipamerkan itu akan dipromosi oleh restoran masing-masing selama sebulan.

Katanya, menerusi kempen ‘Dine Win & Vote’, orang ramai boleh mengundi hidangan utama itu dengan memesan menu yang dipertandi­ngkan di restoran para peserta.

“Pelanggan yang mengundi juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah dengan menunjukka­n resit pembelian serta borang pengundian.

“Proses mengundi dibuka dari 1 sehingga 30 Oktober 2017 di restoran para peserta The Signature Food Fest 2017,” katanya.

Menurutnya, tahun ini seramai 12 restoran menyertai dan termasukla­h dua peserta baharu dari Hyatt Regency Kinabalu dan Grandis Hotel

ALFRED (kanan) menjelaska­n sesuatu dalam sidang media itu.

& Resort.

“Nama-nama restoran yang menyertai ialah Borenos Fried Chicken, Restoran BTC, Dart Bistro Grill & Restaurant, Ebizou Japanese Restaurant, Hard Rock Cafe Kota Kinabalu, Little Melaka Signature, Mosaic by Hyatt Regency Kinabalu, Tanjung Ria Kicthen by Hyatt Regency Kinabalu, Rosea Cafe by Grandis Hotel & Resort, Sakagura Japanese Restaurant, Shoney’s Dining & Bar dan The Glass Grill & Bar,” katanya.

Katanya, peserta bukan restoran pula diberikan ruangan pameran khas, mereka terdiri daripada City Grocer, KW Machinery Sdn Bhd, Kangen Water, HS Living Solutions dan Gateau House.

Menurutnya, terdapat lapan anugerah yang akan diberikan kepada peserta yang mendapat undian tertinggi daripada orang ramai.

“Panel pengadil untuk festival kali ini ialah Datuk Gordon Leong, Rory Richardson dan Evon Foo. Panel untuk anugerah pilihan blogger pula dikendalik­an oleh www.MejaRasakk. Blogspot.com dan www. Curiostrav­eller.com .

“Keputusan pemenang akan diumumkan pada satu majlis yang diadakan 31 Oktober depan,” katanya.

 ??  ?? RAKAMAN gambar kenangan para peserta The Signature Food Fest 2017.
RAKAMAN gambar kenangan para peserta The Signature Food Fest 2017.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia