Utusan Borneo (Sabah)

Gelombang Muslimat Muda Pas bina kekuatan kepimpinan

-

KOTA KINABALU: Dewan Muslimat Pas Negeri Sabah (DMPNS) melalui sayap Muslimat Muda telah berjaya melaksanak­an Gelombang Muslimat Muda Pas di Dewan Stadium Likas, di sini.

Program itu bertujuan menjelaska­n peranan dan fungsi Muslimat Muda Pas dalam mendepani gerak kerja pilihan raya umum (PRU) akan datang melalui ketiga-tiga entiti iaitu Ameerah, Briged Muslimat dan Nusaibah.

Selain itu, ia juga telah menyuntik semangat Muslimat Muda Pas Sabah untuk meneruskan teras matlamat dan agenda parti di samping berhadapan dengan kehendak rakyat.

Berucap ketika menyampaik­an ucapan perasmian, Timbalan Ketua DMPNS Ustazah Sofeah Salin berpesan agar Muslimat Muda Pas untuk sentiasa menyiapkan diri bagi mendepani apa jua cabaran dalam perjuangan dan sentiasa menyerahka­n segala urusan hidup hanya kepada Allah.

“Muslimat Muda Pas perlu ikhlas melibatkan diri dalam perjuangan parti dan perlu sentiasa memegang prinsip syariat islam dalam apa juga

BARISAN sayap Muslimat Muda.

bentuk siyasah yang dibawa bagi menggantik­an fahaman sekularism­e yang melanda masyarakat pada hari ini,” katanya.

Terdahulu, Nurul Hawa Zainal selaku pengarah program berkata, Muslimat Muda Pas merupakan medium yang menjadi wadah mewakili suara muslimat muda dalam kepimpinan Dewan Muslimat Pas. Justeru, peranan mereka perlu dimainkan secara efektif.

Beliau juga mengajak semua peserta yang hadir agar bersiap siaga dari segi fizikal dan mental dalam menghadapi PRU akan datang.

Program yang berakhir dengan jayanya itu juga dihadiri oleh pimpinan Muslimat Muda Malaysia iaitu Pengarah Ameerah Malaysia Husna Hashim, Pengarah Briged Muslimat Malaysia Nuri Muhammad, Pengarah Nusaibah Malaysia Nurul Ain, Setiausaha Ameerah Malaysia Nurul Ain dan pimpinan Muslimat Muda Pas Sabah serta beberapa barisan kepimpinan DMPNS.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia