Utusan Borneo (Sabah)

Bomba perlu masa sebulan

Untuk periksa Maahad Tahfiz berdaftar di seluruh negara

-

CAMERON HIGHLANDS: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memerlukan masa sekurang-kurangnya sebulan bagi membuat pemeriksaa­n dan mengesan permasalah­an semua Maahad Tahfiz berdaftar di seluruh negara.

Tanpa menyatakan jumlah sebenar Maahad Tahfiz berdaftar, Ketua Pengarahny­a DatukWanMo­hdNorIbrah­im berkata jabatan berkenaan turut memberi maklum balas kepada kabinet dari semasa ke semasa mengenai perkara berkaitan.

Pada masa sama, katanya, pihak jabatan menghadapi kesukaran mendapatka­n maklumat dalam mengesan Maahad Tahfiz tidak berdaftar di seluruh negara bagi pemeriksaa­n keselamata­n bangunan.

“Oleh itu, kita minta semua pihak termasuk Jabatan Agama Islam supaya menyalurka­n maklumat berkaitan Maahad Tahfiz yang tidak berdaftar bagi mengelak insiden di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h daripada berulang.

Kita akui memang terdapat kesukaran. Ini kerana senarai maahad yang tidak berdaftar tiada dalan rekod Jabatan Agama Islam dan sememangny­a kita memerlukan masa,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Ringlet. Majlis itu disempurna­kan Exco Perumahan dan Perbandara­n negeri Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di sini, Isnin.

Dalam pada itu, Wan Mohd Nor berkata sebanyak 15 balai bomba baharu di seluruh negara termasuk di Ringlet telah dan akan beroperasi tahun ini.

Balai Ringlet merupakan balai bomba ke-23 yang dibina di Pahang dan pada asalnya merupakan tapak Rela sebelum dinaik taraf dengan kos hampir RM500,000 untuk pembinaan bangunan.

Balai itu juga memberi khidmat kepada kawasan sekitar Ringlet, sempadan Perak (Jalan Tapah-Cameron Highlands); sempadan Lipis (Jalan Sungai Koyan- Cameron Highlands) dan kampung-kampung Orang Asli di Mukim Ringlet dan Mukim Ulu Telum.

Mengenai balai berkenaan, Wan Mohd Nor berkata ia dapat memendekka­n tempoh bertindak memandangk­an balai bomba terdekat sebelum ini adalah di Brinchang yang memakan masa lebih 30 minit untuk sampai ke Ringlet.

Sementara itu, Wan Rosdy yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Jelai berkata pihaknya akan memohon pembinaan satu balai bomba di Felda Sungai Koyan memandangk­an pembanguna­n di kawasan itu semakin pesat. - Bernama

Oleh itu, kita minta semua pihak termasuk Jabatan Agama Islam supaya menyalurka­n maklumat berkaitan Maahad Tahfiz yang tidak berdaftar bagi mengelak insiden di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h daripada berulang.

DATUK WAN MOHD NOR IBRAHIM Ketua Pengarah JBPM

 ??  ?? PENGERUSI Jawatankua­sa Perumahan dan Perbandara­n Pahang Datuk SeriWan RosdyWan Ismail (tengah) merasmikan Balai Bomba dan Penyelamat Ringlet, Isnin. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim (dua, kiri).
PENGERUSI Jawatankua­sa Perumahan dan Perbandara­n Pahang Datuk SeriWan RosdyWan Ismail (tengah) merasmikan Balai Bomba dan Penyelamat Ringlet, Isnin. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim (dua, kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia