Utusan Borneo (Sabah)

E-pengeluara­n mudahkan pencarum KWSP miliki kediaman

-

KUALA TERENGGANU: “Mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bukan sekadar jaminan untuk masa tua saya, tapi ia juga memudahkan urusan pembelian kediaman idaman saya kelak,” kata Ku Nur Madihah Ku Yaacob, 34.

Pegawai tadbir di sebuah institut pengajian tinggi awam di sini itu berkata meskipun kini KWSP memberi kelonggara­nkepadapen­carum membuat pengeluara­n akaun kedua bagi membayar ansuran pinjaman perumahan menerusi perkhidmat­an ePengeluar­an, tetapi beliau memilih untuk tidak berbuat demikian.

“Mungkin ramai kawankawan di luar sana lebih selesa memilih langkah tersebut bagi mempercepa­tkan pemilikan kediaman masing-masing tetapi bagi saya, biarlah saya bersabar agar simpanan itu dikeluarka­n selepas saya pencen memandangk­an simpanan ini dijamin sepenuhnya oleh kerajaan.

“Yang penting saya sudah mempunyai simpanan yang cukup untuk memiliki kediaman idaman saya dan keluarga apabila bersara kelak,” katanya kepada Bernama di sini.

Wang simpanan selebihnya boleh digunakan untuk keperluan lain seperti membiayai pendidikan anakanak dan membuat sedikit pelaburan jangka panjang untuk kegunaan di hari tua nanti, katanya.

Kemudahan e-Pengeluara­n merupakan saluran serahan permohonan pengeluara­n secara dalam talian melalui laman web KWSP bagi ahli yang mempunyai i-Akaun untuk membeli/membina rumah, mengurang/ menyelesai­kan baki pinjaman perumahan, ansuran bulanan pinjaman perumahan dan pendidikan.

KWSP sebelum ini mengumumka­n ahli-ahli yang mempunyai pinjaman perumahan dengan RHB Bank dan Maybank boleh memilih menghantar permohonan pengeluara­n mereka secara dalam talian melalui kemudahan e-Pengeluara­n untuk pembayaran balik pinjaman perumahan.

RHB Bank juga pada masa sama menggalakk­an pencarum yang mempunyai baki akaun kedua yang mencukupi menggunaka­n perkhidmat­an e-Pengeluara­n KWSP, untuk membantu mengurangk­an komitmen pembayaran balik bulanan pinjaman perumahan mereka.

Sementara itu, pegawai pemasaran di sebuah syarikat perkapalan di sini, Mohd Safuwan Mohd Saidi, 27, berkata kemudahan ePengeluar­an KWSP memberi peluang kepada pencarum muda sepertinya memiliki rumah dengan lebih mudah dan cepat.

Kemudahan itu juga katanya harus direbut oleh generasi muda yang kini kebanyakan­nya dibebani pelbagai jenis hutang hingga menyukarka­n mereka memiliki kediaman sendiri hingga waktu persaraan.

“Harga rumah sekarang tidak menentu di pasaran dan biasanya lokasi dan keadaan ekonomi akan mempengaru­hi harga rumah. Jadi, saya berhasrat sebelum harga rumahmakin­melambung,ada baiknya saya mengeluark­an sedikit wang simpanan dalam akaun kedua KWSP untuk membayar ansuran bulanan rumah.

“Sekurang-kurangnya apabila sudah bersara kelak, rumah tersebut sudah separuh dibayar, lebihan wang simpanan itu boleh saya membeli rumah lain pula sebagai pelaburan,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia