Utusan Borneo (Sabah)

K1M perlu bantu kerajaan pada PRU14

Ahli K1M tidak perlu berpolitik, tetapi hanya memainkan peranan mendekatka­n masyarakat dengan kerajaan

-

KUCHING: Ahli Komuniti 1Malaysia (K1M) di Parlimen Puncak Borneo perlu membantu kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Menyaranka­n demikian, Pengarah Penerangan Sarawak Abang Sardon Abang Hashim berkata ahli K1M tidak perlu berpolitik, tetapi hanya memainkan peranan mendekatka­n masyarakat dengan kerajaan.

“PRU tidak lama lagi dan K1M harus menyusun serta merancang banyak aktiviti ke arah berkempen untuk kerajaan.

“Ini bagi mewujudkan penerimaan masyarakat ke atas segala inisiatif dan program yang disusun atur kerajaan untuk transforma­si kawasan bandar dan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Jalinan Kasih Rakan Strategik P198 Puncak Borneo di sebuah hotel di sini, pada Ahad.

Turut hadir Timbalan Pengarah Penerangan Sarawak Ali Suhaili dan PegawaiPen­eranganBah­agian Kuching, Samarahan dan Serian Normala Juatan.

Dalam pada itu, Abang Sardon berharap ahli K1M Puncak Borneo memberi komitmen yang tinggi untuk memajukan komuniti setempat di kawasan masingmasi­ng.

“Saya berharap kerjasama K1M dengan Jabatan Penerangan akan berterusan dalam merealisas­ikan hasrat untuk membantu masyarakat menerusi pelbagai inisiatif,” katanya. ABANG SARDON ABANG HASHIM Pengarah Penerangan Sarawak

Sementara itu, majlis telah dihadiri ahli K1M Kampung Peraya, Kampung Emperoh Jambu, Kampung Sungai Du’uh, Kampung Skuduk, Kampung Darul Islam Belimbing dan Kampung Bunuk.

Menurut Abang Sardon, majlis tersebut adalah sebagai penghargaa­n kepada ahli K1M yang telah membantu sebagai ejen kerajaan.

Selain itu, majlis turut menyaksika­n penyampaia­n cenderamat­a kepada beberapa pesara Jabatan Penerangan Sarawak.

“PRU tidak lama lagi dan K1M harus menyusun serta merancang banyak aktiviti ke arah berkempen untuk kerajaan. ”

 ??  ?? ABANG SARDON menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada seorang ahli K1M Sungai Du’uh sambil disaksikan Normala (kanan) dan Ali (kiri).
ABANG SARDON menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada seorang ahli K1M Sungai Du’uh sambil disaksikan Normala (kanan) dan Ali (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia