Utusan Borneo (Sabah)

Mesej Sehati Sejiwa Memerangi Rasuah dilaungkan program Kejar

-

LIMBANG: Mesej Sehati Sejiwa Memerangi Rasuah dilaungkan pada program Kembara Jelajah Anti Rasuah (Kejar) agar rakyat terus menanam sikap membenci rasuah dan salah guna kuasa.

Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah berkata semuapihak­perlumemer­angi rasuah dan salah guna kuasa daripada berakar umbi di negeri dan negara ini.

“Semua pihak perlu menanam dalam diri membenci rasuah dan salah guna kuasa kerana ia boleh meruntuhka­n bangsa, agama, negara dan tamadun jika tidak dibendung,” katanya pada Program Kejar di sini, pada Ahad.

Turut sama Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak Datuk Badrul Shah Norman, Pengarah SPRM Sabah Datuk Sazali Salbi, Residen Bahagian Limbang Datu Maria Hasman dan Pengerusi PDK Limbang Goh Eng Hock.

Hasbi berkata program Kejar memberi impak kepada rakyat Sarawak dalam usaha menangani gejala rasuah.

Katanya sejak menjadi sebuah suruhanjay­a, SPRM dapat melaksanak­an fungsi dengan sepenuhnya di negara ini melalui penahanan individu terlibat dalam gejala itu.

“Program Kejar dapat memberi kesedaran mengenai gejala rasuah dan salah guna kuasa selain bersama membendung­nya,” ujar beliau.

Sementara itu, Badrul berkata Kejar merupakan program dilaksanak­an secara kerjasama dengan kerajaan negeri.

“Ia merupakan petanda positif usaha memaparkan komitmen, kesedaran bersama SPRM memastikan Limbang dan Sarawak bebas ancamandan­belenggura­suah dan salah guna kuasa,” katanya.

Jelasnya, program ini bertujuan memberi mesej kepada semua pihak agar bersih dan bebas pengaruh rasuah dan salah guna kuasa.

Menurutnya, Kejar merupakan program utama dilaksanak­an sempena Ulang Tahun Jubli Emas SPRM.

“Program in i mempromosi­kan gerak revolusi antirasuah 3J (jangan hulur, jangan kawtim dan jangan serta),” katanya.

Pada progam ini, kepimpinan SPRM turut berkonvoi menjelajah seluruh pelosok negeri untuk bersatu dan sehati sejiwa membenci amalan rasuah.

“SPRM mahu rakyat bangkit perangi rasuah tanpa mengira ideologi politik, kepercayaa­n dan merupakan amanah perlu dijunjung,” jelasnya.

Tambahnya, amalan rasuah dan salah guna kuasa perlu dibenci dan diperangi habis-habisan daripada meracuni pemikiran masyarakat.

“Ini adalah landasan SPRM menyampaik­an mesej antirasuah dan salah guna kuasa kepada penjawat awam, NGO dan pemimpin masyarakat di sini.

“Pada masa sama, kita ingin mendekati semua golongan masyarakat menangkis tanggapan SPRM adalah agensi kerajaan yang sukar didekati,” katanya.

 ??  ?? HASBI (kanan), Badrul (dua kanan) melepaskan konvoi bermotosik­al KEJAR ke Miri.
HASBI (kanan), Badrul (dua kanan) melepaskan konvoi bermotosik­al KEJAR ke Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia