Utusan Borneo (Sabah)

250 tuai rumah, kaunselor hadiri Seminar Kepimpinan

-

SIBU: Seramai 250 orang tuai rumah panjang dan kaunselor dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin menghadiri Seminar Kepimpinan di Dewan Serba Guna Selangau dekat sini.

Peserta dari kawasan seperti Siong, Batang Oya, Tamin, Selangau, Dijih, Balingian dan Mukah.

Seminar itu dianjurkan bersama Pusat Khidmat DUN Tamin dan Jabatan Pembanguna­n Wanita dan Selangau.

Majlis perasmian penutupan disempurna­kan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamin Christophe­r Gira.

Penceramah mengendali­kan seminar itu ialah Maria Nadja daripada Pejabat Residen Sibu, Inting Nyami daripada Pejabat Daerah Selangau dan Rita Engkamat daripada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Penceramah menekankan kepentinga­n meningkatk­an tanggungja­wab sebagai tuai rumah terutama protocol dan prosedur mendapatka­n geran atau projek kerajaan, menguruska­n Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), kebajikan rumah panjang dan sebagainya.

Dalam ucapannya, Gira menggesa pemimpin masyarakat mempraktik­kan pengetahua­n diperolehi daripada seminar itu bagi memperbaik­i pengurusan rumah panjang terutama JKKK mereka.

Beliau menjelaska­n bahawa wakil dipilih sebagai pembuat dasar.

Oleh itu, beliau lebih memilih residen dan pegawai daerah sebagai pelaksana agensi kerajaan bekerjasam­a dengan pemimpin masyarakat mengenai urusan pengurusan rumah panjang.

Wakil-wakil yang dipilih harus memberi tumpuan membawa pembanguna­n ke kawasan masing-masing.

“Tumpuan utama membawa lebih banyak pembanguna­n ke kawasan Tamin kerana kawasan ini memerlukan banyak kemudahan seperti jalan raya, elektrik, bekalan air, pejabat kerajaan, kemudahan sukan dan sebagainya.

 ??  ?? GIRA (empat kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada Tuai Rumah Christophe­r Chat dari salah sebuah rumah panjang kawasan Dijih, Selangau.
GIRA (empat kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada Tuai Rumah Christophe­r Chat dari salah sebuah rumah panjang kawasan Dijih, Selangau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia