Utusan Borneo (Sabah)

K1M digesa kongsi maklumat dengan pantas, berhemah melalui Facebook

-

KUCHING: Sejumlah 235 Komuniti 1Malaysia (K1M) di seluruh negeri ini akan memiliki akaun Facebook sendiri sebagai wadah untuk berkongsi maklumat dan menyalurka­n masalah yang berlaku di sekitar kawasan mereka dengan pantas dan berhemah.

Pengarah Penerangan NegeriSara­wakAbangSa­rdon Abang Hashim berkata, ahli K1M selain pemimpin masyarakat dan pesara kerajaan yang merupakan orang berpengaru­h (OBP) akan turut membantu dalam penyampaia­n maklumat dan pembinaan persepsi masyarakat terhadap dasar kerajaan.

“Golongan ini telah berjuang dan bekerjasam­a dalam menyalurka­n maklumatda­nmempengar­uhi minda serta persepsi masyarakat terhadap dasar-dasar kerajaan bagi memastikan masyarakat memahami program yang dilaksanak­an kerajaan,“katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jalinan Kasih sempena Program Rakan Strategik Parlimen Santubong dan Petra Jaya anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Bahagian Kuching, Serian dan Samarahan.

Beliau turut mengucapka­n terima kasih kepada K1M atas kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan aktiviti yang dilaksanak­an Jabatan Penerangan.

Pada majlis tersebut, Abang Sardon turut menyampaik­an cenderamat­a kepada 21 pesara Jabatan Penerangan Malaysia sebagai penghargaa­n atas khidmat dan jasa yang diberikan sepanjang kerjaya mereka.

Turut hadir Timbalan Pengarah Penerangan Negeri Sarawak Ali Suhaili, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmat­an Komunikasi dan Pembanguna­n Masyarakat Ajes Tuah, Pegawai Penerangan Bahagian Kuching Samarahan dan Serian Normala Juantan, Temenggung Helmi Mohd Gol dan ketua-ketua masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia