Utusan Borneo (Sabah)

Anjur aktiviti riadah untuk penduduk

Dapat memastikan kesejahter­aan komuniti sentiasa wujud

-

DALAT: Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di sekitar daerah ini digalakkan menganjurk­an aktiviti riadah melibatkan penduduk kampung serta komuniti dari kawasan sekitarnya.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah percaya penganjura­n aktiviti seperti itu dapat memastikan kesejahter­aan komuniti sentiasa wujud.

“Regata mini seperti hari ini merupakan antara usaha yang sangat baik kerana berjaya mengumpul komuniti bukan sahaja di kampung ini tetapi dari kawasan sekitarnya, mengeratka­n lagi silaturahi­m dan saling mengenali serta bersatu padu.

“Kampung-kampung lain di sini perlu melakukan perkara sama dan saya akan memberi sokongan,” katanya ketika

“Regata mini seperti hari ini merupakan antara usaha yang sangat baik kerana berjaya mengumpul komuniti bukan sahaja di kampung ini tetapi dari kawasan sekitarnya, mengeratka­n lagi silaturahi­m dan saling mengenali serta bersatu padu. ” DATO SRI FATIMAH ABDULLAH

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

berucap merasmikan Regata Mini dan Hari Keluarga Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Balan di sini, pada Ahad.

Menurut Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dalat, penganjura­n Regata Mini Kampung Balan kali ini lebih besar berbanding penganjura­n pertamanya tahun lalu.

“Kejayaan penganjura­n tahun lalu mendorong saya menambah peruntukan RM20,000 untuk Regata Mini dan Hari Keluarga PBB Kampung Balan tahun depan.

“Peruntukan ini untuk memastikan penganjura­nnya tahun depan lebih besar dan tempat lebih selesa,” katanya.

Sementara itu beliau berkata projek pembinaan tebingan sungai serta kerjakerja tambahan melibatkan beberapa kampung di situ akan diteruskan tahun depan selepas projek sama di Kampung Balan siap dilaksanak­an melibatkan kos RM350,000.

Beliau memberitah­u, antara kampung yang sudah dikenal pasti ialah Kampung Taman, Kampung Brunei (fasa kedua) sehingga Kampung Seberang.

Kampung Balan juga katanya, telah mendapat peruntukan RM45,000 yang diagihkan kepada jawatankua­sa pengurusan masjid (RM4,000), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Balan (RM6,000), Regata Mini 2017 (RM10,000), projek baik pulih tandaa KEMAS Kampung Balan (RM2,000), menyimen pekarangan masjid RM9,000 dan menaik taraf stor Balai Raya Kampung Balan (RM14,000).

Dalam perkembang­an berkaitan, Fatimah berkata bermula tahun depan beliau memperuntu­kkan RM1,000 untuk setiap kampung di kawasan Dalat bagi menganjurk­an aktiviti kecil seperti sukaneka, kebajikan, kebudayaan, pendidikan, keselamata­n, kesihatan, ekonomi, agama dan sosial.

Peruntukan kecil itu turut diberikan kepada rumahrumah ibadat seperti masjid, surau dan gereja yang memerlukan bantuan.

 ??  ?? FATIMAH (duduk, tiga kiri) bersama tetamu kehormat lain serta jawatankua­sa penganjur Regata Mini dan Hari Keluarga PBB Kampung Balan.
FATIMAH (duduk, tiga kiri) bersama tetamu kehormat lain serta jawatankua­sa penganjur Regata Mini dan Hari Keluarga PBB Kampung Balan.
 ??  ?? FATIMAH memotong reben sebagai tanda merasmikan Regata Mini dan Hari Keluarga PBB Kampung Balan.
FATIMAH memotong reben sebagai tanda merasmikan Regata Mini dan Hari Keluarga PBB Kampung Balan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia