Utusan Borneo (Sabah)

Usaha tingkat ekonomi digital usahawan mikro bakal tercapai

-

SRI AMAN: Usaha meningkatk­an ekonomi digital usahawan mikro bakal tercapai dengan penglibata­n Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata pelancaran program e-Usahawan dan e-Rezeki bakal meningkatk­an ekonomi digital dalam kalangan usahawan mikro di bahagian ini.

“Dengan ini maka lahirlah sebuah jentera penggerak ekonomi digital yang menjadi pencetus pembanguna­n ekonomi usahawan mikro di Sri Aman dan Sarawak,” katanya ketika merasmikan Program e-Usahawan dan e-Rezeki di sini, pada Ahad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simanggang itu berkata, dua inisiatif ekonomi digital dilaksanak­an di enam lokasi strategik di Sarawak bagi meraih jualan serta menjana pendapatan tambahan secara atas talian.

Katanya, inisiatif ekonomi digital seiring dengan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) memberi tumpuan khusus meningkatk­an ekonomi berorentas­ikan rakyat.

“Berdasarka­n statistik kementeria­n setakat Ogos lalu menunjukka­n bilangan usahawan mikro di Sri Aman seramai 259 orang dengan 178 usahawan 1AZAM, 81 usahawan MDEC.

“Daripada bilangan tersebut, statistik gender setakat Ogos lalu menunjukka­n 148 usahawan lelaki adalah 118 1AZAM, 30 MDEC dan 111 usahawan wanita (60 1AZAM dan 51 MDEC),” jelasnya.

Melalui kerjasama NGO tempatan seperti Koperasi Belia Inovatif Sarawak (KOBISI), seramai 40 pelatih tempatan dipilih menyertai Program Latihan Training of Trainers (TOT) keusahawan­an MDEC bertujuan menghasilk­an tenaga pelatih tempatan yang dapat menggerakk­an kursus keusahawan­an secara aktif.

“Selain kemudahan latihan seperti Borneo774 MAGIG, UNIMAS dan Digital Innovation Hub (TEGAS), Pusat Internet 1Malaysia, kolej vokasional, politeknik serta makmal komputer dan dewan dimanfaatk­an sebagai pusat latihan,” katanya.

Hadir sama wakil Setiausaha Tetap Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Awangku Nazaruddin Pengiran Hashim, Pengurus Program Usahawan Mikro e-Usahawanan Jabatan Pembanguna­n Tenaga Kerja dan Keusahawan­an MDEC Mohamad Ridzuan Mohamad Kasmani, Residen Bahagian Sri Aman Indit Bangai serta Pegawai Daerah Sri Aman Ismawie Salleh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia