Utusan Borneo (Sabah)

Ahli farmasi meraikan Hari Farmasi Sedunia

-

KUCHING: Ahli farmasi di seluruh dunia meraikan Hari Farmasi Sedunia pada hari Isnin iaitu setiap 25 September.

Sambutan Hari Farmasi Sedunia telah diputuskan oleh Kongres Persekutua­n Farmaseuti­kal Antarabang­sa (FIP) pada mesyuarat di Instabul, Turki pada 2009.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Abu Hassan Alshaari Abdul Jabar berkata sambutan ini bertujuan membawa perhatian terhadap farmasi serta faedah-faedah positif yang ditawarkan dalam bidang kesihatan.

Selain itu katanya, sambutan Hari Farmasi juga bertujuan menggalakk­an aktiviti yang mempromosi dan menyokong peranan ahli farmasi dalam meningkatk­an tahap kesihatan masyarakat.

“FIP mengumumka­n tema yang berbeza setiap tahun bagi sambutan Hari Farmasi supaya syarikat bersekutu dan individu dalam industri farmaseuti­kal dapat menggemble­ng tenaga dalam kempen atau projek untuk menunjukka­n kerja baik mereka dalam membantu meningkatk­an kesihatan masyarakat di seluruh dunia.

“Tahun ini FIP memilih tema ‘From research to health care: Your pharmacist is at your service’ yang mencermink­an sumbangan berbeza yang dapat dibuat oleh bidang farmasi untuk sistem penjagaan kesihatan.

“Selain itu, ia juga menekankan bahawa ahli farmasi adalah tulang belakang bagi penjagaan kesihatan dalam situasi yang berbeza,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Farmasi Sedunia 2017 @ Sarawak di dewan pameran CityOne Megamall di sini semalam mewakili Pengarah Kesihatan Negeri Dr Jamilah Hashim.

Sementara itu, Pengerusi Kesatuan Farmaseuti­kal Sarawak Susan Tang Siew Chin berkata sambutan ini merupakan anjuran bersama Bahagian Khidmat Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri dengan kesatuan.

Ia dianjurkan untuk semua ahli farmasi daripada sektor kerajaan dan swasta berkumpul bersama dan berkongsi ilmu, pengalaman dan amalan dalam bidang farmasi.

Sempena sambutan itu semalam, turut diadakan pemeriksaa­n kesihatan dan pemeriksaa­n gigi secara percuma kepada orang ramai serta kempen derma darah.

Orang ramai yang mengunjung­i karnival itu pada Ahad turut berpeluang mendapatka­n khidmat kaunseling perubatan serta penilaian tahap kesihatan mental.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia