Utusan Borneo (Sabah)

Dortmund mahu kekal rekod tanpa kalah berdepan Real Madrid

-

BERLIN, Jerman: Borussia Dortmund akan cuba mengekalka­n rekod tanpa kalah mereka di tempat sendiri apabila menentang Real Madrid dalam aksi Liga Juara-Juara hari ini dan mencemarka­n rekod penampilan ke-150 Cristiano Ronaldo di Eropah.

Dortmund dan Real, juara bertahan kejohanan, bertemu di pusingan pertama kejohanan untuk kali kedua berturut-turut.

Kedua-dua pasukan seri 2-2 musim lepas ketika Dortmund mendahului saingan kumpulan sebelum tersingkir di pusingan suku akhir sementara Real kemudian muncul juara untuk rekod kali ke-12.

Dortmund menang tiga dan seri tiga kali pada pertemuan di Stadium Signal Iduna Park, termasuk kemenangan 4-1 pada perlawanan pertama peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara 2013 apabila Robert Lewandowsk­i menjaringk­an kesemua empat gol.

Juara bertahan, Real, memulakan kempen Eropah musiminide­ngankemena­ngan 3-0 ke atas APOEL di tempat sendiri sementara Dortmund tewas 1-3 di Tottenham Hotspur.

Tugas utama Dortmund ialah untuk mengekang Ronaldo, yang sudah menjaringk­an 110 gol di Eropah tetapi gagal menjaringk­an sebarang gol dalam dua perlawanan terakhir.

Beliau juga antara tiga pemain terakhir untuk anugerah Pemain Terbaik FIFA 2017 dengan pemenang akan diumumkan pada 23 Oktober depan.

Dortmund membuat persediaan untuk perlawanan ini dengan membelasah Borussia Moenchengl­adbach 6-1 dalam Bundesliga Jerman dengan Pierre-Emerick Aubameyang menjaringk­an hatrik.

Aubameyang kini sudah menjaringk­an lapan gol dari enam perlawanan liga dan membentuk gandingan berbisa dengan Maximilian Philipp, yang sudah menjaringk­an empat gol dari tiga perlawanan terakhir.

“Semuanya tidak mungkin menjadi lebih baik dari ini,” kata pemain tengah Dortmund, Mario Goetze.

“Bagaimanap­un, kami tahu ia pastinya satu tugas sukar menentang Real Selasa ini.”

Ketika Dortmund menyerlah di jentera serangan, mereka bergelut di benteng pertahanan menentang Gladbach, yang mempunyai beberapa peluang untuk menjaringk­an gol.

Real Madrid dijangka akan menghukum sebarang kealpaan Dortmund berbanding Gladbach.

“MenentangR­eal,kesilapan seperti itu akan dihukum sepenuhnya,” kata pengarah kelab, Michael Zorc.

Kemenangan besar Dortmund hadir walaupun beberapa pemain utama, Marco Reus, Andre Schuerrle dan Raphael Guerreiro tidak beraksi kerana kecederaan sementara pemain baharu, Andriy Yarmolenko, Nuri Sahin dan Gonzalo Castro tidak diturunkan dari bangku simpanan.

Real secara tradisinya mempunyai rekod yang buruk di Jerman apabila tewas 19 kali, seri tujuh dan hanya menang lima kali.

Bagaimanap­un, empat kemenangan itu adalah dari tujuh perlawanan terakhir dan mereka ada menewaskan Bayern Munich 2-1 pada perlawanan suku akhir kejohanan musim lepas.

Rekod jaringan Real dalam 73 perlawanan berturut-turut dalam semua pertanding­an berakhir apabila tewas 0-1 kepada Real Betis dalam aksi liga minggu lepas. – AFP

 ??  ?? BORUSSIA Dortmund cuba untuk mengekalka­n rekod tanpa kalah mereka apabila berdepan Real Madrid di gelanggang sendiri hari ini. - Gambar AFP
BORUSSIA Dortmund cuba untuk mengekalka­n rekod tanpa kalah mereka apabila berdepan Real Madrid di gelanggang sendiri hari ini. - Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia