Utusan Borneo (Sabah)

D’Ambrosio selamatkan Inter, AC Milan tumpas di Sampdoria

-

MILAN, Itali: Danilo D’Ambrosio menjaringk­an gol lewat ketika Inter Milan menewaskan Genoa 1-0 dalam aksi Serie A Itali untuk terus bersaing dengan kelompok atasan liga tetapi kelab jirannya, AC Milan, tewas 0-2 di Sampdoria.

D’Ambrosio menanduk satu tendangan sudut ketika berbaki dua minit perlawanan di San Siro untuk memastikan tiga mata penuh buat skuad kendalian Luciano Spalletti, yang menyaksika­n rentak kemenangan mereka berakhir apabila seri 1-1 di Bologna pada awal minggu.

Adel Taarabt dan Stephane Omeonga dibuang padang buat Genoa dalam minit kecederaan ketika kelab itu terus tanpa kemenangan dari enam perlawanan pertama.

Inter kekal di tangga ketiga, dua mata di belakang dua pendahulu liga, Juventus dan Napoli, yang masingmasi­ng mencipta kemenangan keenam berturut-turut pada perlawanan hari Sabtu.

“Ia perlawanan yang sukar tetapi kami terus bertahan,” kata Spalletti. “Kami harus mewujudkan mentaliti kemenangan yang memastikan kami percaya bahawa kami boleh menewaskan sesiapa pun.

“Ada satu jurang dengan Napoli dan Juventus tetapi ia sudah dijangkaka­n, melihat kedudukank­amidaribeb­erapa musim yang lalu. Ia sukar untuk mewujudkan satu mentaliti kemenangan selepas musim yang buruk. Akan sentiasa ada kebimbanga­n realiti sebenar.

“Napoli dan Juventus memiliki mentaliti itu, begitu juga AS Roma dan Lazio. Kami juga harus tidak memperkeci­lkan Sampdoria dan Torino.”

Ciro Immobile menjaringk­an dua gol termasuk satu dari tendangan penalti untuk menambah koleksi lapan gol liga setakat ini ketika Lazio kekal di tangga keempat dengan kemenangan 3-0 di Verona. Immobile menyempurn­akan tendangan penalti pada minit ke-24 dan menambah gol dengan rembatan dari hujung kotak penalti sebelum rehat dan kemudian mengumpan bola kepada Adam Marusic untuk gol ketiga dan gol pertama beliau dalam Serie A pada minit ke-60.

Jurulatih Lazio, Simone Inzaghi berasa gembira kerana pasukannya tahu untuk bangkit selepas tewas 1-4 kepada Napoli pada pertengaha­n minggu.

Duvan Zapata dan Ricky Alvarez menjaringk­an gol ketika Sampdoria memastikan AC Milan tewas buat kali kedua musim ini. Milan, yang dimiliki oleh hartawan dari China dan berbelanja hampir 200 juta euro untuk pemain baharu pada penutup musim, kekal di tangga keenam selepas enam perlawanan dengan Sampdoria naik ke tangga ketujuh dan kurang satu mata di belakang.

Pada perlawanan lain, Atalanta memerlukan gol penyamaan lewat untuk mengikat Fiorentina 1-1 di gelanggang lawan sementara Bolognamen­ewaskanSas­suolo 1-0 dan Chievo menewaskan Cagliari juga 1-0.

Crotone mencipta kemenangan pertama mereka musiminide­nganmenewa­skan kelab tercorot, Benevento 20. – AFP

 ??  ?? PEMAIN inter Milan Matias Vecino, melakukan tandukan walaupun cuba dicabar dua pemain Genoa. - Gambar REUTERS
PEMAIN inter Milan Matias Vecino, melakukan tandukan walaupun cuba dicabar dua pemain Genoa. - Gambar REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia