Utusan Borneo (Sabah)

Hemed ceriakan Brighton

Jaring gol tunggal kemenangan untuk kecewakan Newcastle

-

BRIGHTON, England: Penyerang Tomer Hemed menjaringk­an gol tunggal kemenangan untuk Brighton dan Hove Albion ketika menewaskan kelab yang sama-sama beraksi dalam Liga Kejuaraan musim lepas, Newcastle United dalam aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lepas.

Hemed menjaringk­an gol pada awal separuh masa kedua di Stadium Amex untuk memberikan kemenangan pertama buat pengurus Brighton, Chris Hughton ke atas bekas kelabnya dari tujuh perlawanan.

Ia juga satu balas dendam untuk Brighton, yang tewas di tempat sendiri dan lawan kepada Newcastle ketika kedua-dua pasukan beraksi dalam Liga Kejuaraan musim lepas.

“Ia adalah kemenangan sukar,” kata Hughton ketika memberitah­u Sky Sports.

“Secara keseluruha­nnya, kami selayak dengan kemenangan ini. Tiada banyak kelebihan tetapi kami sewajarnya menang. Dengan tujuh mata, ia ganjaran yang memberangs­angkan. Kami banyak belajar dari perlawanan yang kami harungi setakat ini.”

Brighton sekarang sudah mencipta dua kemenangan berturut-turut di tempat sendiri, selepas menewaskan West Bromwich Albion 3-1 dan naik ke tangga ke-13 liga.

Kekalahan menyebabka­n Newcastle tercicir ke tangga kesembilan selepas tiga kemenangan berturut-turut mereka berakhir.

“Kami melakukan apa yang kami mampu untuk sekurangku­rangnya membawa pulang satu mata,” kata pengurus Newcastle, Rafael Benitez.

“Bagi saya, gol mereka itu adalah satu kesalahan – ada tolakan dan halangan berlaku sebelum itu tetapi anda tidak dapat mengubah keputusan pengadil.

“Kami selayaknya lebih banyak lagi. Kami masih kurang pengalaman dalam Liga Perdana. Kami harus menangani situasi seperti ini dengan lebih baik.”

Brighton mengawal permainan dalam separuh masa pertama dan boleh membuka jaringan awal tetapi Anthony Kockaert terhadang rembatan Pascal Gross yang meluru ke pintu gol.

Newcastle mencipta beberapa peluang dengan cubaan Joselu sedikit tersasar sebelum rembatan Ayoze Perez melambung tinggi.

Tetapi kealpaan benteng pertahanan Newcastle dihukum pada minit ke-51 apabila tendangan percuma Gross ditanduk ke hadapan pintu gol oleh Dale Stephens membolehka­n Hemed merembat bola ke pintu gol dari jarak dekat untuk gol tunggal kemenangan. – AFP

Bagi saya, gol mereka itu adalah satu kesalahan – ada tolakan dan halangan berlaku sebelum itu tetapi anda tidak dapat mengubah keputusan pengadil. Kami selayaknya lebih banyak lagi. Kami masih kurang pengalaman dalam Liga Perdana. Kami harus menangani situasi seperti ini dengan lebih baik.

RAFAEL BENITEZ Pengurus Newcastle

 ??  ?? PENYERANG Newcastle Ayoze Perez, cuba melepasi kawalan dua pemain Brighton. - Gambar REUTERS
PENYERANG Newcastle Ayoze Perez, cuba melepasi kawalan dua pemain Brighton. - Gambar REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia