Utusan Borneo (Sabah)

Manfaat untuk golongan belia

25 gelanggang sepak takraw dan bola tampar dibina di Parlimen Tenom

-

TENOM: Sebanyak 25 gelanggang ‘dua dalam satu’ iaitu untuk sepak takraw dan bola tampar telah dibina di beberapa kampung dalam Parlimen Tenom tahun ini, yang sebahagian­nya telahpun digunakan untuk kegiatan sukan berkenaan.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Tenom Jamawi Jaafar berkata, pembinaan gelanggang itu mendapat peruntukan khas daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

Menurut beliau dengan terlaksana­nya projek pembinaan gelanggang itu, ia memberikan manfaat kepada masyarakat di kawasan ini khususnya golongan belia di luar bandar untuk melakukan kegiatan sukan bola tampar dan sepak takraw, selain menjadi gelanggang bagi menganjurk­an sebarang kejohanan.

“Kita amat berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang prihatin meluluskan peruntukan khas ini, di mana ia telah memberikan manfaat kepada penduduk di kawasan luar bandar, terutamany­a bagi golongan belia menjalanka­n aktiviti riadah dan sukan mereka,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Gelanggang Bola Tampar/ Sepak Takraw Pemuda Umno/BN Cawangan Kg Kalibatang Lama.

Hadir sama, Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Tenom Rusali Andiar dan Ketua Puteri Umno Bahagian Tenom Didie Norhazrila­h Latif.

Terdahulu, Jamawi turut merasmikan gelanggang yang sama di Kampung Kuala Tomani dan di Kampung Bakuku.

Berucap merasmikan majlis itu, Jamawi yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia berkata golongan belia perlu digalak untuk melibatkan diri secara akif dalam pelbagai aktiviti sukan ke arah membentuk generasi yang cergas.

Katanya, penglibata­n aktif golongan belia dalam kegiatan sukan secara tidak langsung dapat mencungkil bakat golongan sasar sekali gus mengenal pasti potensi yang boleh diketengah­kan ke peringkat lebih tinggi.

“Dengan melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan sukan atau kejohanan di pelbagai peringkat, para belia sentiasa bersedia dengan mempamerka­n bakat masing-masing serta kebolehan yang ada dalam diri mereka selain dapat mewujudkan masyarakat yang sihat,” katanya.

Selain itu katanya, melalui aktiviti bersukan, golongan belia juga dapat mengisi masa terluang mereka daripada melibatkan diri dalam perkara negatif yang boleh menjejaska­n masa depan mereka.

Dalam pada itu, Jamawi turut berharap agar cawangan pergerakan Umno/BN termasuk badan NGO yang lain di peringkat kampung dapat menganjurk­an kejohanan sukan khususnya sukan sepak takraw dan bola tampar bagi mencungkil bakat baharu untuk diketengah­kan ke peringkat yang lebih tinggi.

“Dengan segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional ini, saya berharap golongan belia dapat memanfaatk­an kemudahan yang ada bukan sahaja untuk menjalanka­n aktiviti sukan namun dapat menjalin semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan mereka,” katanya.

 ??  ?? JAMAWI, Rusali, Didie dan sebahagian AJK Pemuda Umno Tenom bersama belia semasa perasmian gelanggang di Kg Bakuku.
JAMAWI, Rusali, Didie dan sebahagian AJK Pemuda Umno Tenom bersama belia semasa perasmian gelanggang di Kg Bakuku.
 ??  ?? JAMAWI berucap merasmikan gelanggang sepak takraw dan bola tampar di Kg Kalibatang
Lama.
JAMAWI berucap merasmikan gelanggang sepak takraw dan bola tampar di Kg Kalibatang Lama.
 ??  ?? JAMAWI menunjukka­n bakat bermain tekong bersama belia semasa merasmikan gelanggang di Kg Bakuku.
JAMAWI menunjukka­n bakat bermain tekong bersama belia semasa merasmikan gelanggang di Kg Bakuku.
 ??  ?? JAMAWI diiringi oleh Didie dan Rusali memotong riben sebagai simbol perasmian gelanggang di Kg Kuala Tomani.
JAMAWI diiringi oleh Didie dan Rusali memotong riben sebagai simbol perasmian gelanggang di Kg Kuala Tomani.
 ??  ?? JAMAWI turut menyampaik­an sumbangan kepada wakil penduduk di Kg Kuala Tomani untuk kegiatan belia.
JAMAWI turut menyampaik­an sumbangan kepada wakil penduduk di Kg Kuala Tomani untuk kegiatan belia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia