Utusan Borneo (Sabah)

13 sertai pertanding­an boling tertutup

- JOHAN kumpulan terbaik Warcry dari PDM Jalan Batu Sapi pasukan Malaysiaku Gemilang bergambar kenangan bersama Khairul Firdaus dan Hazuliza.

KOTA KINABALU: Sebanyak 13 pasukan menyertai Pertanding­an Boling Tertututup sempena Hari Malaysia bersama dnegan belia beliwanis.

Program tersebut merupakan anjuran SRCC Parlimen Batu Sapi dengan kerjasama Pergerakan Puteri Umno Batu Sapi.

Majlis perasmian dan penyampaia­n hadiah disampaika­n oleh Pengerusi SRCC Parlimen Batu Sapi, Khairul Firdaus Datuk Akhbar Khan yang juga Ketua Pemuda Umno Batu Sapi.

Pertanding­an tersebut diadakan di Champs Sandakan baru-baru lalu.

Sementara itu, Ketua Puteri Umno Batu Sapi, Hazuliza Mohd Dani berkata, bidang sukan bukan sahaja medan melahirkan ahli sukan sematamata, tetapi sebenarnya ia juga berperanan menjadi landasanme­mupukperpa­duan rakyat.

Beliau berkata menerusi sukan, semua masyarakat setempat dapat bersatu dan berinterak­si tanpa mengira pangkat, budaya, agama, bangsa dan pendidikan.

Katanya, aktiviti sukan sangat bermakna bukan hanya sebagai usaha melahirkan masyarakat yang sihat malah menjadi medan membentuk jati diri, disiplin, semangat bekerjasam­a dalam satu bumbung selain mampu mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m dalam kalangan para pemain tersebut.

“Kegiatan sukan perlu menjadi asas untuk mencungkil bakat baharu pada peringkat lebih tinggi, termasuk daerah, negeri dan kebangsaan.

“Golongan generasi muda tidak seharusnya mengabaika­n kegiatan sukan ketika di bangku sekolah kerana penyertaan dalam bidang berkenaan boleh membantu meningkatk­an mutu sukan negara. Melalui bersukan juga memberikan impak yang berguna kepada kesihatan badan dan mental, “katanya.

Dalam pertanding­an itu, kategori boling berkumpula­n dimenangi pasukan Negaraku Malaysia dari PDM Kampung Gas membawa pulang piala, hamper dan wang tunai RM600, tempat kedua pasukan Malaysiaku Gemilang dari PDM Jalan Batu Sapi (piala, hamper dan wang tunai RM300), ketiga pasukan Sehati Sejiwa dari PDM Lupak Meluas (piala, hamper dan wang tunai RM150), keempat pasukan Semarak Merdeka dari PDM Kampung Tronglit (hamper dan wang tunai RM100) dan saguhati Bersatu Padu dari PDM Kampung Gelam (hamper dan wang tunai RM50).

Johan Pungutan Pin Tertinggi Individu, Rosina dari PDM Kg Gas pasukan Negaraku Malaysia menerima wang tunai RM300, piala dan hamper, manakala johan kumpulan terbaik Warcry dari PDM Jalan Batu Sapi pasukan Malaysiaku Gemilang menerima wang tunai RM300, piala dan hamper.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar kiri) JOHAN Pungutan Pin Tertinggi Individu, Rosina dari PDM Kg Gas bersama pasukan Negaraku Malaysia.
(Gambar bawah) JOHAN boling berkumpula­n pasukan Negaraku Malaysia dari PDM Kampung Gas.
(Gambar kiri) JOHAN Pungutan Pin Tertinggi Individu, Rosina dari PDM Kg Gas bersama pasukan Negaraku Malaysia. (Gambar bawah) JOHAN boling berkumpula­n pasukan Negaraku Malaysia dari PDM Kampung Gas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia