Utusan Borneo (Sabah)

Jadikan kejayaan `atlet istimewa’ inspirasi

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Kejayaan `atlet istimewa’ Sabah di Sukan PARA Asean 2017 di Kuala Lumpur yang berakhir Sabtu, harus dijadikan sebagai insipirasi untuk atlet-atlet lain mengejar kejayaan di peringkat antarabang­sa.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah; Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, kejayaan yang dikecapai di temasya tujuh hari itu menunjukka­n bahawa kekurangan pada mereka (atlet PARA) bukan penghalang untuk mencari kejayaan hingga ke peringkat yang tinggi.

“Bagi pihak kementeria­n, saya ingin mengucapka­n tahniah kepada semua mereka (atlet PARA). Mereka di bawah (pemantauan) Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS) yang menyediaka­n kemudahan untuk berlatih, tetapi dalam masa yang sama kementeria­n saya menjaga kebajikan mereka. Oleh itu, kementeria­n saya akan melakukan yang terbaik untuk membantu mereka mencapai kejayaan.

“Oleh itu juga, saya berharap semua atlet istimewa yang berada di negeri ini tidak malu untuk tampil memperliha­tkan kebolehan mereka. Ibu bapa perlu menyokong dan memberi galakan pada mereka,” jelas beliau menyambut ketibaan atlet-atlet PARA Sabah di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) lewat petang Ahad.

Ketika ditanya mengenai insentif kejayaan atlet-atlet itu, Jainab percaya Ketua Menteri Sabah; Tan Sri Musa Aman akan mengumumka­n penghargaa­n untuk atlet-atlet negeri ini.

Dalam pada itu, atlet berasa dari Telupid, Eddy Bernard ketika ditemui merakamkan rasa gembira dalam penampilan sulung beliau di temasya PARA Asia Tengara yang melibatkan penyertaan lebih 1,400 atlet mewakili 11 negara.

Atlet berusia 16 tahun yang kini bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran Bestari itu memenangi dua pingat emas menerusi acara 100 meter dan lompat jauh lelaki T37.

“Terima kasih kepada ibu bapa, rakan-rakan, jurulatih dan para pegawai Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah dan Majlis Sukan Negeri Sabah (MSNS) yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan kepada saya.

“Saya akan terus berlatih gigih untuk mencapai kejayaan diperingka­t lebih tinggi lagi termasuk di Sukan PARA Asia tahun hadapan dan seterusnya mempertaha­nkan pingat emas saya di Sukan PARA Asean di

Manila, Filipina, dua tahun dari sekarang,” jelas beliau.

Atlet PARA Wanita, Doriah Poulus dari Keningau juga mencatat pencapaian istimewa selepas memenangi pingat emas kelapan dan kesembilan masing-masing menerusi acara Melontar Peluru dan Merejam Lembing Wanita F42/44 dalam penampilan keempat di Sukan PARA Asean edisi Ke-9 kali ini.

Bermula Sukan PARA Indonesia 2011, atlet yang kini berusia 30 tahun itu memenangi dua pingat emas, diikuti tiga pingat emas di Myanmar 2014 dan dua pingat emas di Singapura 2015.

“Memang gambira memenangi pingat emas kali ini, lebih-lebih lagi ianya lebih sukar berbanding tiga kejohanan sebelum ini kerana saya terpaksa bersaing dengan atlet kelas lain selepas kategori kejohanan saya digabung dengan kelas F42/43/44.

“Jadi memang sukar kerana kemenang ditentukan menerusi pungutan mata dan bukanya menerusi jarak lontaran atau rejaman,” kata beliau.

“Sasaran saya selepas ini ialah menyertai Sukan PARA Asia di Jakarta tahun hadapan,” jelas Doriah yang memenangi pingat gangsa di kejohanan itu sebelum ini.

 ??  ?? PARA Sabah disambut penuh meriah setibanya di LTAKK pada malam Ahad.
PARA Sabah disambut penuh meriah setibanya di LTAKK pada malam Ahad.
 ??  ?? EDDY
EDDY
 ??  ?? DORIAH
DORIAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia