Utusan Borneo (Sabah)

Jelius kekalkan formasi 3-5-2

Berdepan Kuala Lumpur di Stadium Cheras malam ini

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Jelius Ating dijangka mengekalka­n formula kemenangan berhadapan Kuala Lumpur dalam saingan Liga Perdana di Stadium Cheras malam ini.

Ketua jurulatih itu menyusun formasi permainan 3-5-2 semasa skuad Badak berhadapan Perlis untuk aksi 90 minit yang cukup menghiburk­an, sekaligus mengekalka­n rekod tanpa kalah yang kelima berturut-turut.

Kombinasi itu bukan sahaja memperliha­tkan pertahanan kental Badak tetapi juga merbahaya semasa melakukan serangan balas, dan terbukti dengan kemenangan 5-1, kemenangan terbesar yang pernah dicatat oleh pasukan negeri ini dalam musim ini.

Sekalipun kejayaan itu dicatat semasa berhadapan pasukan tercorot Perlis, jurulatih yang pernah digelar `Orang Besi Sabah’ itu tetap yakin, formula itu merupakan yang terbaik buat masa kini berhadapan pendahulu liga Kuala Lumpur.

“Tiada sebab kenapa perlu untuk kita tukar pemain atau formasi permainan menentang Kuala Lumpur.

“Dengan keupayaan permainan ketika ini, saya akan mempertaru­hkan formasi 3-5-2 menentang pasukan itu kerana ianya terbukti sangat berkesan, dan berharap ianya berhasil pada perlawanan esok (malam ini),” jelas beliau semasa berlepas ke ibu kota pada Isnin.

“Saya gembira kerana pemain-pemain dapat menyesuaik­an diri dengan sistem permainan ini, dan saya melihat mereka begitu selesa bermain mengikut formula ini.

“Kalaupun kita terpaksa mengubah formula permainan ke sistem 4-2-3-1, saya lihat mereka juga tidak menghadapi masalah untuk mengikuti segala arahan,” tambah Jelius dengan harapan untuk meneruskan rekod tanpa kalah dalam membina keyakinan untuk menghadapi kempen musim hadapan.

Menduduki tangga ketujuh dengan 27 mata, Sabah berada dalam zon selamat untuk kekal dalam Liga Perdana 2018.

Kejayaan Sabah mengikat Kuala Lumpur malam ini akan mencemar pesta pasukan tuan rumah di persada liga kerana pasukan Terengganu mengejar rapat juga dengan mengumpul 44 mata.

Kuala Lumpur pasti dalam tekanan kerana jika gagal mendapatka­n tiga mata penuh, PKNP FC pada kedudukan ketiga dengan 40 mata dan begitu juga dengan Negeri Sembilan pada kedudukan keempat dengan 38 mata masih mampu mencabar pasukan itu dalam memburu gelaran naib johan Liga Perdana 2017.

“Saya akan memastikan Kuala Lumpur tidak melangkah mudah. Kita mahu teruskan rekod tanpa kalah kita, mengekalka­n rentak ini dalam baki dua perlawanan kita untuk musim ini.

“Kita mahu mencatat rekod yang baik untuk para

“Tiada sebab kenapa perlu untuk kita tukar pemain atau formasi permainan menentang Kuala Lumpur. Dengan keupayaan permainan ketika ini, saya akan mempertaru­hkan formasi 3-5-2 menentang pasukan itu kerana ianya terbukti sangat berkesan, dan berharap ianya berhasil pada perlawanan esok ” (malam ini). JELIUS ATING Ketua jurulatih Sabah

peminat dan penyokong setia skuad badak dan sekali gus mendapatka­n keyakinan para penonton untuk kembali menyokong Sabah,” kata Jelius lagi.

Sabah akan menutup tirai aksi musim ini berhadapan Negeri Sembilan di Stadium Likas, gelanggang yang pernah digelar ‘Stadium Keramat’ pada 20 Oktober.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia