Utusan Borneo (Sabah)

Hayati makna hijrah

Sapawi saran umat Islam lakukan transforma­si, seiring peredaran masa

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

AHLI Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad menyeru umat Islam di negara ini terutama di kawasan Sipitang untuk menghayati lebih mendalam makna hijrah seiring dengan kemajuan masa kini.

Katanya, umat Islam perlu melakukan transforma­si seiring dengan peredaran masa bagi membina sebuah tamadun yang unggul.

“Bagi membina sebuah tamadun, asasnya adalah kesatuan. Asasnya, syiar Islam harus dikembangk­an dari masa ke semasa demi membentuk tamadun yang cemerlang dan berjaya.

“Sebagai umat Islam, kesatuan itu adalah penting. Membina sebuah tamadun memerlukan sokongan semua pihak tidak kira peringkat umur ter- masuk

golon- gan berilmu sekali gus menegakkan Islam sebagai ‘role model’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis Sambutan Ma’al Hijrah 1439H Peringkat Daerah Sipitang di Dewan Serbaguna Sipitang, pada Isnin.

Sapawi yang juga pengarah Yayasan Sabah turut menyeru kepada umat Islam untuk turut serta dan terlibat secara langsung dalam program-program keagamaan khususnya sambutan Ma’al hijrah yang diadakan setiap tahun.

Beliau mengambil contoh sambutan Hari Kemerdekaa­n serta Hari Malaysia yang diraikan secara bersama oleh seluruh lapisan masyarakat di negara ini sebagai tanda kesyukuran atas nikmat yang dikecapi.

Justeru katanya, umat Islam perlu meraikan sambutan Ma’al Hijrah dengan penuh makna serta diisi dengan pelbagai acara yang bermanfaat demi pembanguna­n ummah keseluruha­n.

“Umat Islam perlu menyambut dengan penuh makna serta kesedaran dan ini secara tidak langsung akan menyumbang kepada kesatuan sekali gus membawa kedamaian dan keamanan,” katanya.

Pada majlis itu, Haji Rapahi Edris, 62, menerima anugerah Tokoh Ma’al Hijrah 1439H manakala Sanayah Jamain, 43, menerima anugerah Sayyidatin­a Khadijah yang disampaika­n Sapawi di majlis itu.

Bagi membina sebuah tamadun, asasnya adalah kesatuan. Asasnya, syiar Islam harus dikembangk­an dari masa ke semasa demi membentuk tamadun yang cemerlang dan berjaya. Sebagai umat Islam, kesatuan itu adalah penting. Membina sebuah tamadun memerlukan sokongan semua pihak tidak kira peringkat umur termasuk golongan berilmu sekali gus menegakkan Islam model’.” sebagai ‘role

 ??  ?? SAPAWI (tengah) berkata sesuatu kepada pemberita selepas merasmikan majlis itu.
SAPAWI (tengah) berkata sesuatu kepada pemberita selepas merasmikan majlis itu.
 ??  ?? SANAYAH (kanan) menerima anugerah daripada Sapawi (tiga kiri) sempena majlis itu.
SANAYAH (kanan) menerima anugerah daripada Sapawi (tiga kiri) sempena majlis itu.
 ??  ?? SAPAWI (tiga kanan) menyampaik­an anugerah kepada Rapahi (dua kiri) sempena majlis itu.
SAPAWI (tiga kanan) menyampaik­an anugerah kepada Rapahi (dua kiri) sempena majlis itu.
 ??  ?? SAPAWI ketika menyampaik­an ucapannya pada majlis itu.
SAPAWI ketika menyampaik­an ucapannya pada majlis itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN yang hadir pada majlis itu.
SEBAHAGIAN yang hadir pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia