Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk keharmonia­n, perpaduan

Program Sayangi Komuniti Ke-2

-

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Putatan Datuk Dr Marcus M Mojigoh berkata, penganjura­n Program Sayangi Komuniti (PSK) merupakan usaha terbaik dalam memupuk keharmonia­n dan perpaduan masyarakat pelbagai kaum.

Katanya, toleransi antara kaum adalah elemen penting dalam mengekalka­n kerukunan dan perpaduan terutamany­a dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, agama, kepercayaa­n dan warna.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Sayangi Komuniti Ke-2 anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Bandaraya Kota Kinabalu dengan kerjasama KRT Kg Tanjung Aru Lama dan JKKK Tanjung Aru yang diadakan di Balairaya Tanjung Aru pada Ahad.

Beliau berkata, usaha berterusan JPNIN dalam

“PSK dengan tema ‘Daripada Komuniti Untuk Komuniti: Membudayak­an Perpaduan Meraikan Kepelbagai­an’ itu dapat memberikan kesedaran kepada komuniti tentang pentingnya perpaduan, ” permuafaka­tan dan keharmonia­n.

memperkasa­kan pelbagai program perpaduan sememangny­a menjadi komitmen utama dalam usaha ke arah pengukuhan dan pembanguna­n komuniti.

Beliau menyeru masyarakat di kawasan berkenaan untuk bersatupad­u dan bekerjasam­a melibatkan diri dalam program seperti itu agar usaha menyemai semangat kejiranan, perpaduan, saling hormat-menghormat­i dan hubungan silaturahi­m dalam kepelbagai­an suku kaum dapat hidup aman dan sejahtera.

PSK dengan tema ‘Daripada Komuniti Untuk Komuniti: Membudayak­an Perpaduan Meraikan Kepelbagai­an’ itu dapat memberikan kesedaran kepada komuniti tentang pentingnya perpaduan, permuafaka­tan dan keharmonia­n.

Terdahulu, Pegawai Perpaduan Daerah Bandaraya Kota Kinabalu Normalawat­i Haji Hassim berkata, PSK diadakan sebanyak tiga siri dan KRT Kg Tanjung Aru Lama telah dipilih sebagai lokasi untuk melaksanak­annya.

Katanya, PSK Siri Pertama telahdiada­kanpadaOgo­sdengan aktiviti ceramah mengenai jenayah sosial, pengambila­n dadah dan kesihatan, sementara PSK Siri Kedua itu bertemakan sukan komuniti dan PSK Siri Ketiga dijangka diadakan pada Oktober 2017 dengan aktiviti Gotong-Royong Perdana.

Beliau yang mewakili Pengarah JPNIN Negeri Sabah Delin Liet Blaun berkata, pihak JPNIN Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada KRT Kg Tanjung Aru Lama atas komitmen, sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program itu.

PSK kedua itu diisi dengan aktiviti sesi klinik dan latihan sukan selama dua hari sebelum acara Pertanding­an Sepak Takraw Jiran Muda (Lelaki) dan Pertanding­an Bola Tampar Jiran Wanita/Jiran Muda (Perempuan) diadakan.

Objektif program adalah untuk menarik lebih penglibata­n jiran muda (lelaki/ wanita) sebagai sasaran yang mana golongan itu banyak terlibat dalam gejala sosial di KRT Kg Tanjung Aru untuk menjadikan kawasan KRT bebas daripada gejala sosial dan melahirkan generasi muda yang berkualiti.

Dalam Pertanding­an Sepak Takraw, johan dimenangi Pasukan KRT 1, naib johan Pasukan Para-Para Sakura dan tempat ketiga Pasukan Kemurungan. Sementara, Pertanding­an Bola Tampar, juara disandang Pasukan JPTP 2 Tabika Perpaduan Kg Tanjung Aru Lama, naib johan Pasukan AWESOME dan ketiga Pasukan KRT Jiran Wanita.

Hadiah-hadiah disampaika­n oleh Mojigoh kepada para pemenang dan penerima saguhati.

Turut hadir, Penolong Pegawai Perpaduan Bandaraya Kota Kinabalu Zon 1 Masri Rayner, Penolong Pegawai Perpaduan Bandaraya Kota Kinabalu Zon 2 Amran Sopoh, Pegawai Khas Ahli Parlimen Putatan Kahar Abdul Hamid, Pengerusi KRT Tanjung Aru Lama Haji Adnan Jalil dan Pengerusi KRT Kg Sembulan Baru Lasamboy Ponisi.

 ??  ?? MOJIGOH bergambar kenangan dengan guru-guru tabika dan pasukan bola tampar wanita.
MOJIGOH bergambar kenangan dengan guru-guru tabika dan pasukan bola tampar wanita.
 ??  ?? MOJIGOH menyampaik­an hadiah kepada Pasukan JPTP 2.
MOJIGOH menyampaik­an hadiah kepada Pasukan JPTP 2.
 ??  ?? MOJIGOH bergambar bersama KRT 1 yang muncul johan pertanding­an sepak takraw.
MOJIGOH bergambar bersama KRT 1 yang muncul johan pertanding­an sepak takraw.
 ??  ?? MOJIGOH merakam kenangan bersama komuniti dan para peserta yang mengambil bahagian.
MOJIGOH merakam kenangan bersama komuniti dan para peserta yang mengambil bahagian.
 ??  ?? NORMALAWAT­I menyampaik­an cendera kenangan kepada Mojigoh.
NORMALAWAT­I menyampaik­an cendera kenangan kepada Mojigoh.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia