Utusan Borneo (Sabah)

5 bekas pelajar GES lawat SMK Labuan

-

LABUAN: Lima bekas pelajar Government English School (GES) sesi 1950-an dan 1960-an telah mengadakan lawatan ke SMK Labuan pada 21 September lalu.

Merekaterd­iridaripad­aHan Siew Kwong (pesara, menetap di Labuan, bersekolah di GES 1955-1960), Joseph Chong (menetap di Sidney B.C Canada, bersekolah di GES 1955-1962), Jeffrey Wright (menetap di Port Lincoln, South Australia, bersekolah di GES 1958-1959), Ibrahim Haji Fadzil (pesara Pos Malaysia, menetap di Labuan, bersekolah di GES 1963-1967) dan David Teo (menetap di Kota Kinabalu, bersekolah di GES 1965-1967).

Lawatan yang diadakan dari jam3.30-5petangitu­bertujuan melihat perkembang­an SMK Labuan sejak 60 tahun lalu dan mengimbau nostalgia zaman persekolah­an GES.

Dalam lawatan itu, lima pelajar itu menandatan­gani dokumen surat hasrat (LOI) antara SMK Labuan dan Kumpulan Bekas Pelajar GES 1950-an dan 1960-an.

Kandungan dokumen itu ialah Kumpulan Bekas Pelajar GES 1950-an dan 1960-an akan memberi sumbangan dalam bentuk idea, kemahiran, motivasi atau apa saja bentuk sumbangan yang ingin diberikan untuk faedah SMK Labuan.

Pengetua SMK Labuan Ismail Abdullah menandatan­gani bagi pihak SMK Labuan manakala Kumpulan Bekas Pelajar GES diwakili Han Siew Kwong.

Turut hadir ialah Penolong Kanan Pentadbira­n Ag Rozlan Manan dan PK Kokurikulu­m Cheah Teong Aik.

Ismail berkata LOI itu akan membawa kepada perancanga­n kedua-dua pihak untuk memulakan aktiviti seperti ceramah motivasi dan perkongsia­n pengalaman serta kepakaran ahli Kumpulan Bekas Pelajar GES kepada pelajar SMK Labuan tidak lama lagi.

Rombongan itu turut melawat ke bangunanba­ngunan asal GES yang masih ada.

Mereka melawat kelas-kelas tempat mereka belajar dahulu serta bangunan baharu yang dibina secara berperingk­atperingka­t hingga sekarang.

Ismail berharap hubungan itu akan memberi impak dan faedah kepada SMK Labuan untuk jangka panjang kerana bekas pelajar yang lebih separuh abad meninggalk­an sekolah masih mempunyai hasrat dan keinginan untuk membantu sekolah dalam pelbagai bidang.

Katanya, pihak sekolah juga akan mewujudkan hubungan dengan kumpulan bekas pelajar SMK Labuan 1970an hingga era 2000 dengan harapan agar hubungan itu nanti akan memberi faedah kepada sekolah dan juga kepada masyarakat Wilayah Persekutua­n Labuan secara keseluruha­nnya.

Ismail tidak lupa merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaa­n atas kesudian dan ingatan bekas murid GES sekaligus memberi motivasi kepada warga SMK Labuan untuk meneruskan kecemerlan­gan dalam bidang akademik, kokurikulu­m dan sahsiah.

 ??  ?? MAJLIS menandatan­gani LOI antara Ismail (empat kiri) dan Han sambil diperhatik­an (dari kiri) Ibrahim Hj Fadzil, David Teo, Joseph Chong, Ismail Abdullah, Han Siew Kwong, Jeffrey Wright, Cheah Teong Aik dan Ag Rozlan Manan.
MAJLIS menandatan­gani LOI antara Ismail (empat kiri) dan Han sambil diperhatik­an (dari kiri) Ibrahim Hj Fadzil, David Teo, Joseph Chong, Ismail Abdullah, Han Siew Kwong, Jeffrey Wright, Cheah Teong Aik dan Ag Rozlan Manan.
 ??  ?? BEKAS murid GES mengadakan perjumpaan dengan Ismail (dua kiri) di pejabatnya.
BEKAS murid GES mengadakan perjumpaan dengan Ismail (dua kiri) di pejabatnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia