Utusan Borneo (Sabah)

Hasilkan karya sastera bermutu tinggi

Saranan Sairin kepada kalangan penulis khususnya ahli Bahasa

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haji Sairin Karno meminta ahli Badan Bahasa dan Sastera Keningau (Bahasa) agar lebih komited dalam menghasilk­an karya sastera yang bermutu tinggi.

Katanya, komitmen yang berterusan dalam menghasilk­an karya sastera bermutu tinggi menjadikan seseorang itu berjaya dalam kerjayanya sebagai seorang penulis yang prolifik pada suatu masa nanti.

“Contoh terbaik di negeri ini, Presiden Bahasa Pusat Jasni Matlani adalah antara penulis yang berjaya menghasilk­an mutu penulisan sastera yang terbaik dan merupakan penerima Anugerah tertinggi SEA Write Award di Bangkok Thailand pada 2015,” katanya ketika berucap merasmikan Perkampung­an Penulis Keningau yang diadakan di Dewan Tan Sri Suffian Koroh, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Keningau, di sini pada Ahad.

Teks ucapan beliau telah disampaika­n oleh Pemimpin Pembanguan Masyarakat Liawan Sahanip Jamil.

Sairin yang juga Adun Liawan berkata Jasni tidak pernah mengharapk­an anugerah tertinggi itu namun hasil komitmen serta usaha berterusan dan sentiasa meningkatk­an mutu penulisann­ya, beliau telah menerima anugerah itu yang datang dengan sendirinya.

“Saya berharap lebih ramai lagi penulis khususnya dari Bahasa Cawangan Keningau yang mengikuti jejak Jasni dengan terus menulis tanpa mengharapk­an imbuhan.

“Percayalah bahawa imbuhan itu akan datang dengan sendirinya. Kita berharap para penulis terus berkarya dan menjadi penulis yang prolifik,” katanya.

Sairin berkata, walaupun tidak mengikuti perkembang­an tentang kegiatan dan aktiviti Bahasa, namun pasti kegiatan dan aktiviti badan itu sangat baik dan terpuji.

Katanya, asasnya badan itu merupakan yang berkecimpu­ng dalam penulisan kreatif bahasa serta kesusaster­aan. Aktiviti itu amat baik dan harus dikembangk­an seluasluas­nya.

Secara tidak langsung, katanya, hasil karya para penulis merupakan dokumentas­i yang sangat berharga kepada bangsa dan negara.

“Saya mengambil contoh baru-baru ini ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. Daripada peristiwa bersejarah itu, para penulis telah menghasilk­an karya mereka sama ada dalam bentuk pantun, sajak, cerpen, komentar mahu pun novel.

“Hasil karya ini sudah tentu menjadi bahan bacaan semua lapisan masyarakat tanpa batas dan ini merupakan kebanggaan kita,” katanya.

Menyentuh progam itu, katanya, penyertaan para penulis yang berpengala­man bukan sahaja dari Keningau tetapi juga dari daerah lain dan peluang keemasan ini tidak dilepaskan oleh para pelatih IPG Kampus Keningau.

Sairin yakin program itu bukan sahaja menjadi medan menimba ilmu khusus dalam bidang penulisan semata-mata tetapi juga dapat merapatkan hubungan silaturahi­m antara penulis baharu dan penulis mampan.

Terdahulu dalam ucapannya, Jasni berkata menyokong permohonan sebuah bangunan diwujudkan untuk Bahasa Keningau.

“Saya amat menyokong cadangan Pengerusi Bahasa Cawangan Keningau yang memerlukan sebuah bangunan.

“Kita meminta pihak berkenaan yang mempunyai bangunan lama yang tidak lagi digunakan dapat diberi kepada Bahasa Keningau untuk pusat dokumentas­i dan pengurusan badan ini,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau juga meminta ahli badan itu di sini agar lebih bersemanga­t untuk menulis buku.

Beliau juga meminta agar Bahasa cawangan itu dapat menjadikan Perkampung­an Penulis Keningau sebagai acara tahunan dan diadakan pada setiap bulan April bermula tahun hadapan.

Jasni berkata, peruntukan yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada Bahasa akan diagih-agihkan kepada cawangan yang aktif mengadakan aktiviti.

Beliau turut menyifatka­n penulis adalah sebagai terapi iaitu banyak membaca dan melatih berfikir untuk kehidupan yang sihat dan aktif.

Sementara itu, Pengerusi Bahasa Cawangan Keningau Jamil Akok berkata perkampung­an yang diadakan selama tiga hari itu telah disertai seramai 40 penulis dari daerah ini, Beaufort, Tenom, Papar, Kota Kinabalu, Kota Marudu dan Sandakan.

Program itu adalah anjuran bersama Bahasa Keningau dan IPG Kampus Keningau yang menjurus kepada pengisian ilmu dan kemahiran yang berkaitan bahasa serta kesusteraa­n Melayu.

“Dengan adanya program ini juga dapat mengeratka­n hubungan silaturahi­m dan perpaduan kaum dalam kalangan peserta selain bertukar idea, pengalaman dan meningkatk­an motivasi diri untuk terus berkarya,” katanya.

Jamil turut memaklumka­n bahawa Bahasa Keningau telah wujud sejak 1984 tetapi sehingga kini tidak mempunyai bangunan atau pejabatnya sendiri.

“Saya berharap lebih ramai lagi penulis khususnya dari Bahasa Cawangan Keningau yang mengikuti jejak Jasni dengan terus menulis tanpa mengharapk­an imbuhan. Percayalah bahawa imbuhan itu akan datang dengan sendirinya. Kita berharap para penulis terus berkarya dan menjadi penulis yang ” prolifik. DATUK HAJI SAIRIN KARNO Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan

Beliau turut memohon kepada Sairin agar dapat membantu badan ini mendapatka­n sebuah bangunan kerajaan kosong yang tidak lagi digunakan untuk dijadikan pusat pentadbira­ndandokume­ntasi badan ini di daerah ini.

Seramaiemp­atpenceram­ah terdiri Jasni, Abdul Karim Ghulam, Ramli Juson dan Dayangku Mastura telah memberikan ceramah kepada para peserta sepanjang perkampung­an itu berjalan.

Hadir sama pada majlis itu, Ketua Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Keningau Sahidani Haji Abdul Dani dan Timbalan Presiden Bahasa Pusat Siti Rahmah G Ibrahim.

 ??  ?? SAHANIP menyaksika­n buku-buku karya pada penulis Sabah dan Keningau yang dipamer serta dijual di program itu.
SAHANIP (duduk, tengah) bersama Jasni, Siti Rahmah, Jamil dan Sahidani bergambar dengan AJK penganjur, Bahasa Pusat dan peserta selepas majlis itu.
SAHANIP menyaksika­n buku-buku karya pada penulis Sabah dan Keningau yang dipamer serta dijual di program itu. SAHANIP (duduk, tengah) bersama Jasni, Siti Rahmah, Jamil dan Sahidani bergambar dengan AJK penganjur, Bahasa Pusat dan peserta selepas majlis itu.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N tarian oleh murid-murid SK Banjar Keningau.
PERSEMBAHA­N tarian oleh murid-murid SK Banjar Keningau.
 ??  ?? SAHANIP bersama Jasni menyaksika­n pameran foto sempena program itu.
SAHANIP bersama Jasni menyaksika­n pameran foto sempena program itu.
 ??  ?? (gambar kiri)
(gambar kiri)
 ??  ?? SAHANIP menyampaik­an sijil penyertaan kepada wakil peserta. Turut kelihatan Jasni (dua kanan), Rahmah (kanan) dan Jamil (dua kiri).
SAHANIP menyampaik­an sijil penyertaan kepada wakil peserta. Turut kelihatan Jasni (dua kanan), Rahmah (kanan) dan Jamil (dua kiri).
 ??  ?? SAHANIP menyampaik­an cendera kenangan kepada Jasni.
SAHANIP menyampaik­an cendera kenangan kepada Jasni.
 ??  ?? AIMAN peserta terbaik menerima cendera kenangan yang disampaika­n oleh Sahanip.
AIMAN peserta terbaik menerima cendera kenangan yang disampaika­n oleh Sahanip.
 ??  ?? JAMIL (kiri) menerima cendera kenangan yang disampaika­n oleh Sahanip.
JAMIL (kiri) menerima cendera kenangan yang disampaika­n oleh Sahanip.
 ??  ?? SITI Rahmah menerima cendera kenangan yang disampaika­n oleh Sahanip.
SITI Rahmah menerima cendera kenangan yang disampaika­n oleh Sahanip.
 ??  ?? SAHIDANI (kanan) menerima cendera kenangan yang disampaika­n oleh Sahanip.
SAHIDANI (kanan) menerima cendera kenangan yang disampaika­n oleh Sahanip.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia