Utusan Borneo (Sabah)

Wanita galas tanggungja­wab signifikan

Kecemerlan­gan institusi keluarga teras pembanguna­n negara

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

BEAUFORT: Institusi keluarga bukan saja membentuk masa depan masyarakat, tetapi juga negara pada keseluruha­nnya dan golongan wanita memainkan peranan paling signifikan.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad sehubungan itu menyaranka­n agar institusi keluarga diperkukuh­kan secara berterusan bagi membentuk sebuah negara yang berjaya seiring Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

“Kecemerlan­gan keluarga penting sebagai teras pembanguna­n masyarakat dan negara,” katanya berucap pada Program Hari Keluarga anjuran Majlis Pembanguna­n Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Sipitang di Kampung Gerama, di sini pada Ahad.

Beliau berkata institusi keluarga yang diurus oleh wanita boleh berperanan sebagai ejen pembanguna­n, justeru ia hendaklah dipelihara sepanjang masa.

Katanya, peranan wanita sebagai pengurus keluarga amat besar tanggungja­wabnya membentuk generasi yang mampu menjadi pemimpin pelapis kelak.

“Jangan sesebuah keluarga itu ‘berantakan’ atau ‘tudung periuk berterbang­an’ kerana ia tidak dapat membentuk generasi yang soleh, tapi menjadi toleh, dan lari daripada hakikat ‘Rumahku Syurgaku’ yang jadi idaman setiap kita,” katanya.

Program Hari Keluarga itu adalah kesinambun­gan program seumpamany­a yang diadakan di Kampung Kelangsat baru-baru ini. Pelbagai acara diadakan sebagai pengisian program yang bermula seawal jam 7 pagi itu.

Hadir sama, Pembantu

SAPAWI

Menteri Pelanconga­n Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Adun Lumadan Datuk Kamarlin Ombi dan Ketua MPWK Parlimen Sipitang merangkap Ketua Wanita Umno Sipitang Datuk Surinam Sadikun.

Sapawi yang juga Pengarah

“Jangan sesebuah keluarga itu ‘berantakan’ atau ‘tudung periuk berterbang­an’ kerana ia tidak dapat membentuk generasi yang soleh, tapi menjadi toleh, dan lari daripada hakikat ‘Rumahku Syurgaku’ yang jadi idaman setiap kita. DATUK SAPAWI AHMAD

Ahli Parlimen Sipitang Yayasan Sabah memuji usaha yang dilaksanak­an MPWK itu dan menyifatka­nnya sebagai penggerak utama usaha ke arah mengemblen­g peranan wanita ke arah memperkuku­h institusi keluarga.

Beliau turut menghargai peranan serta sokongan golongan wanita dalam arus pembanguna­n negara, negeri dan kawasan.

Katanya, kerajaan sememangny­a meletakkan golongan wanita setara dengan lelaki dalam pelbagai bidang termasuk politik, perkhidmat­an awam dan malah pembuat dasar.

Mengambil contoh beberapa nama besar wanita yang berada dalam kerajaan, Sapawi berkata kehebatan wanita sememangny­a diiktiraf sejak dahulu sampai sekarang.

Beliau berkata kerajaan sedar bahawa kaum wanita, seperti juga kaum lelaki, menggalas tanggungja­wab yang sama penting sebagai pemangkin pembanguna­n dan rakan kongsi strategik kerajaan dalam mencapai hala tuju pembanguna­n negeri.

Menurut Sapawi, kerajaan sentiasa dan akan terus berusaha untuk memastikan kaum wanita terus berdaya saing dan mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi, agar tidak ketinggala­n dalam arus kemajuan dan seterusnya dapat saling lengkap melengkapi dengan kaum lelaki dalam mendukung aspirasi kerajaan.

Sementara itu, Kamarlin dalam ucapannya menyatakan kawasan Lumadan khususnya Kampung Gerama turut menikmati pelbagai pembanguna­n dibawa kerajaan.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat terus memberikan sokongan kepada kerajaan sedia ada demi kesinambun­gan agenda pembanguna­n yang dirancangk­an.

“Apa yang dilaksanak­an kerajaan bukan cakap air liur saja, tapi kita buktikan kita mampu laksanakan. Banyak kemudahan disedia, manakala sebahagian lagi sedang dalam peringkat pelaksanaa­n yang dibuat mengikut keutamaan,” katanya.

Justeru, beliau berharap rakyat tidak terikut-ikut rentak pembangkan­g yang menjanjika­n pelbagai perkara sedangkan mereka tidak pun mempunyai kuasa untuk melakukann­ya berbanding Barisan Nasional (BN) yang sudah terbukti sejak sekian lama.

Surinam dalam ucapannya pula berkata, Program Hari Keluarga itu diadakan sebagai usaha memupuk semangat kekeluarga­a dan kasih sayang antara satu sama lain dalam komuniti setempat.

Katanya, institusi keluarga adalah harta paling berharga dan ia perlu dijaga dan disuburkan sepanjang masa.

“Untuk mengeratla­n kekeluarga­an dan meningkatk­an persefaham­an, tanggungja­wab pada keluarga amat penting dan ia boleh dilakukan menerusi komunikasi yang efektif, dan objektif berinterak­si masyarakat mengikut konsep 1Malaysia,” katanya.

 ??  ?? ketika menyampaik­an ucapannya pada majlis itu.
ketika menyampaik­an ucapannya pada majlis itu.
 ??  ?? SAPAWI menyampaik­an hadiah kepada salah seorang kanak-kanak yang terlibat dalam program itu.
SAPAWI menyampaik­an hadiah kepada salah seorang kanak-kanak yang terlibat dalam program itu.
 ??  ?? KAMARLIN menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pengunjung.
KAMARLIN menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pengunjung.
 ??  ?? SAPAWI menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pengunjung.
SAPAWI menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pengunjung.
 ??  ?? SEBAHAGIAN yang hadir pada majlis itu.
SEBAHAGIAN yang hadir pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia