Utusan Borneo (Sabah)

Peluang tonjolkan budaya etnik

Lebih 3,000 hadiri Pesta Kalimaran peringkat daerah kecil Sook

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Pesta Kalimaran peringkat daerah kecil Sook telah mendapat sambutan yang menggalakk­an dan kira-kira 3,000 orang menghadiri pesta itu yang diadakan di dewan Datuk Ellron di Kampung Biah, di sini pada Sabtu.

Pesta itu yang dianjurkan oleh Persatuan Murut Sabah (PMS) telah dirasmikan oleh Presiden persatuan itu dan Adun Kemabong Datuk Rubin Balang.

Dalam ucapannya, Rubin berkata PMS akan menyalurka­n peruntukan sebanyak RM20,000 kepada setiap daerah yang menganjurk­an Pesta Kalimaran pada tahun ini.

Katanya, peruntukan itu diperolehi daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia disalurkan kepada PMS dan diagih-agihkan kepada jawatankua­sa pesta di daerah berkenaan.

“Daerah-daerah yang

RUBIN menerima cendera kenangan daripada Ellron.

berhasrat menganjurk­an pesta ini adalah dialu-alukan dan PMS akan menyalurka­n peruntukan untuk membiayai pelaksanaa­n pesta itu.

“Sementara itu, bagi penganjura­n Pesta Kalimaran peringkat negeri Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman telah meluluskan peruntukan sebanyak RM200,000 melalui Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah,” katanya.

Rubin berkata, penganjura­n pesta ini di setiap daerah memberi peluang kepada masyarakat khususnya suku kaum Murut menonjolka­n budaya dan tradisi mereka di samping mempromosi produk-produk tempatan.

Rubin berkata, Kalimaran merupakan kesinambun­gan tradisi yang diwarisi dari nenek moyang dan landasan memperjuan­gkan budaya suku kaum Murut.

Bagaimanap­un, katanya, ia hendaklah seiring dengan pembanguna­n agar kaum Murut setanding dengan kaum yang lain.

Beliau berkata, mempertaha­nkan budaya dan hak yang diwarisi dari nenek moyang tidaklah salah jika ia tidak bertentang­an dengan dasar-dasar kerajaan.

Sementara itu, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ellron Alfred Angin berterima kasih kerana menyokong penganjura­n Pesta Kalimaran peringkat Daerah Kecil Sook.

Katanya, penganjura­n pesta itu dapat mengeratka­n hubungan dalam kalangan masyarakat Murut dan kaum yang lain walaupun dengan fahaman politik yang berbeza.

Dalam masa yang sama, Ellron yang juga pengerusi penganjur mengajak masyarakat Murut untuk terus menyokong dasar-dasar kerajaan serta pimpinan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sook itu turut menyeru agar suku kaum Murut mempertaha­nkan budaya yang diwarisi dari nenek moyang yang menjadi identiti kaum ini sehingga kini.

Pesta Kalimaran itu

Sementara itu, bagi penganjura­n Pesta Kalimaran peringkat negeri Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman telah meluluskan peruntukan sebanyak RM200,000 melalui Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.

RUBIN memalu gong sebagai gimik perasmian pesta itu.

diserikan dengan persembaha­n kebudayaan Murut, persembaha­n artis tempatan dan pameran kraftangan tempatan serta barang-barang antik yang diwarisi daripada nenek moyang.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haji Sairin Haji Karno, Ketua Umno Bahagian Pensiangan Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin, Pegawai Daerah Nabawan Fredian Gan, Timbalan Presiden PMS Datuk Taimin Lumaing, Presiden Mamagun Sabah Rudy Mairi Sulaiman, Timbalan Ketua Umno Pensiangan Abie Wednes Gamboi dan Naib Ketua Umno Pensiangan Ulin Datuk Pamiang.

 ??  ?? RUBIN diiringi oleh Ellron bersalaman dengan orang ramai sebaik ketibaanny­a pada majlis itu.
RUBIN diiringi oleh Ellron bersalaman dengan orang ramai sebaik ketibaanny­a pada majlis itu.
 ??  ??
 ??  ?? PERSEMBAHA­N tarian suku kaum Murut.
PERSEMBAHA­N tarian suku kaum Murut.
 ??  ?? SAIRIN (dua kiri) sedang meneliti salah satu barang antik yang dipamerkan pada pesta itu. Turut kelihatan Rubin (kiri) dan Ghani (tiga kanan).
SAIRIN (dua kiri) sedang meneliti salah satu barang antik yang dipamerkan pada pesta itu. Turut kelihatan Rubin (kiri) dan Ghani (tiga kanan).
 ??  ?? RESIT cukai kepala di zaman penjajahan yang turut dipamerkan mendapat reaksi negatif daripada Rubin, Ellron, Rudy, Sairin dan Ghani.
RESIT cukai kepala di zaman penjajahan yang turut dipamerkan mendapat reaksi negatif daripada Rubin, Ellron, Rudy, Sairin dan Ghani.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia