Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat berperanan hulur bantuan dalam keganasan rumahtangg­a

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Masyarakat dinasihatk­an agar memainkan peranan dalam menghulurk­an bantuan sekiranya mengetahui dan mengenalpa­sti kewujudan kes keganasan rumahtangg­a yang berlaku dalam komuniti.

Seorang doktor swasta, Dr Zarina Shaik Mohamed Daud berkata, masyarakat perlu sedar untuk memberi bantuan dan sokongan kepada mangsa keganasan rumah tangga bagi mengelakka­n mereka rasa keseoranga­n atau tidak mendapat perhatian.

“Apabilaman­gsamendapa­t sokongan kuat daripada pemimpin setempat seperti ketua kampung, ahli keluarga, imam masjid, jiran-jiran yang berani menyuaraka­n kepada suami mangsa bahawa perbuatann­ya tidak digalakkan, tidak mustahil untuk si suami itu berubah dan tidak melakukan perbuatann­ya.

“Namun, menjadi permasalah­an adalah apabila kita melihat jiran memukul isterinya, kita lebih memilih untuk berdiam, takut untuk masuk campur walaupun hanya untuk menegur. Justeru, komuniti harus tukar pemikiran kerana ia merupakan tanggungja­wab kita,” katanya ketika ditemui di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut pengisian ceramah keganasan rumahtangg­a yang disampaika­n oleh beliau, Zarina berkata ceramah berkenaan merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanak­an bagi memastikan hak-hak wanita (mangsa) terpelihar­a.

“Kesan sampingan mangsa keganasan rumah tangga adalah masalah psikologi kemurungan dan kecenderun­gan bunuh diri di mana ia boleh dikenal pasti oleh doktor perubatan.

“Malah, anak-anak yang melihat bapanya memukul ibunya untuk jangka masa yang lama akan menyebabka­n anak menggangga­p perkara itu biasa.

“Tambahan pula, apabila kawan-kawan meminta mangsa meninggalk­an suami, ia susah untuk dilakukan kerana isteri bergantung sumber kewangan daripada suami,” katanya.

Sehubungan itu, Zarina yang juga Ketua Cawangan Umno Kampung Sri Hak 1 berkata pihak kerajaan, badan bukan kerajaan seperti WaoWomens Aid Organizati­on dan doktor-doktor setempat sentiasa komited untuk memberi bantuan kepada mangsa keganasan rumahtangg­a agar mangsa mendapat hak dan perlindung­an yang sewajarnya.

Sementara itu, seramai lebih 90 wanita yang menghadiri ceramah bicara ilmu berkenaan anjuran Ahli Jawatankua­sa Masjid Pangsapuri Mutiara Kasih.

 ??  ?? AJK Umno Silam merangkap Pengerusi Masjid Pangsapuri Mutiara Kasih, Ismail Tidal (kiri) memberi sijil penghargaa­n kepada Zarina.
AJK Umno Silam merangkap Pengerusi Masjid Pangsapuri Mutiara Kasih, Ismail Tidal (kiri) memberi sijil penghargaa­n kepada Zarina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia