Utusan Borneo (Sabah)

Kurdistan anjur referendum kemerdekaa­n

Barzani teruskan tinjauan pendapat tidak mengikat yang mendapat kecaman Baghdad

-

ERBIL: Pembuangan undi bermulasem­alamdalams­atu referendum kemerdekaa­n tang dianjurkan oleh Kerajaan Wilayah Kurdistan (KRG) di utara Iraq, tanpa mengendahk­an ancaman negara-negara jiran dan kebimbanga­n keadaan tidak stabil seterusnya serta keganasan di sekitar Timur Tengah.

Pusat pengundian membuka pintu jam 8 pagi waktu tempatan dan ditutup jam 6 petang, di mana keputusan akhir dijangka diumumkan dalam tempoh 72 jam.

Ketika ini, Iran dan Turki telah menutup pintu sempadan mereka dengan Kurdistan.

Pengundian, dijangka akan memberikan jawapan ‘Ya’ yang selesa bagi kemerdekaa­n, ia tidak mengikat dan bertujuan untuk memberikan satu mandat kepada KRG pimpinan Massoud Barzani untuk berunding bagi pemisahan wilayah pengeluara­n minyak dengan Baghdad dan negara jiran.

“Kami telah menunggu 100 tahun untuk hari ini,” menurut Rizgar, berdiri dalam satu barisan menunggu untuk membuang undi beliau di sebuah sekolah di Erbil, bandar utama KRG.

“Kami ingin mempunyai sebuah negara, dengan bantuan Tuhan. Ini adalah satu sambutan bagi semua penduduk Kurdis, Insyaallah, kami akan menyatakan ya, ya kepada Kurdistan.”

Pengundian adalah terbuka kepada semua penduduk berdaftar tanpa mengira etnik Kurdis atau tidak, di beberapa kawasan yang ditawan Kurdis di bahagian utara Iraq berusia 18 tahun ke atas, menurut suruhanjay­a referendum.

Suruhanjay­a mengang-garkan jumlah pengundi yang layak sebanyak 5.2 juta orang, termasuk mereka yang tinggal di luar negara dan yang telah mula melakukan undian elektronik dua hari lepas.

— Gambar Reuters

Para pengundi seharusnya menandakan ‘ya’ atau ‘tidak’ pada kertas undian yang menanyakan hanya satu soalan dalam bahasa Kurdis, Turki, Arab dan Assyria: “Adakah anda mahu Wilayah Kurdistan dan kawasan Kurdistan di luar Wilayah (Kurdistan) menjadi sebuah negara yang merdeka?”

Referendum diteruskan di sebalik tekanan antarabang­sa yang tegas terhadap Barzani yang meminta agar ia dibatalkan berikutan kebimbanga­n bahawa ia akan mencetuska­n konflik baharu dengan Baghdad serta dengan negara jiran berkuasa Iran dan Turki.

Iran telah mengumumka­n pengharama­n penerbanga­n secara langsung pergi dan balik ke Kurdistan kelmarin.

Sementara itu, Baghdad meminta rakyat asing agar menghentik­an perdaganga­n minyak secara langsung dengan Kurdistan dan menuntut KRG menyerahka­n kawalan bagi lapangan terbang antarabang­sa dan kubu sempadan dengan Iran, Turki dan Syria.

“Kita telah melihat keadaan yang teruk, kita telah melihat ketidakadi­lan, kita telah melihat pembunuhan dan sekatan,” kata Talat yang ditemui ketika berbaris untuk mengundi di Erbil.

“Insya-Allah, kita akan menjadi seperti orang lain di dunia. Kita akan mempunyai kebebasan dan sebuah negara.”

Turki telah mengugut dengan pelbagai ancaman namun telah meneruskan dengan saluran paip eksport minyak Kurdis yang terdapat di wilayah terbukanya.

Tehran dan Ankara bimbang dengan penyebaran fahaman pemisah di kalangan penduduk Kurdisnya sendiri.

Iran turut menyokong kumpulan Syiah yang telah memerintah atau memegang jawatan utama tentera dan kerajaan di Iraq sejak penaklukan yang diketuai oleh AS mana mengguling­kan Saddam Hussein pada 2003.

Pihak Kurdis Iraq menyatakan pilihan raya memaklumka­n sumbangan penting mereka dalam menghadapi Islamic State (IS) selepas ia menewaskan pihak tentera Iraq pada 2014 dan merampas kawalan bagi satu pertiga dari Iraq.

Pihak Kurdis merupakan kumpulan etnik terbesar yang dalam keadaan tanpa negara ketika Britain dan Perancis, kuasa koloni yang memenangi Perang Dunia Kedua, membentuk empayar Othmaniah.

Kira-kira 30 juta etnik Kurdis di wilayah ini berpecah belah, kebanyakan di empat negara iaitu Iraq, Iran, Turki dan Syria.

Mereka mengalami penindasan dan sering dinafikan hak untuk bersuara dengan bahasa mereka.

Mereka yang berada di Iraq dihalau di bawah rejim Saddam Hussein dan mengalami serangan kimia.

Syria terlibat dalam satu perang saudara yang memusnahka­n dan penduduk Kurdisnya turut mendesak kemerdekaa­n. — Reuters

 ??  ?? BARZANI menunjukka­n jarinya yang dicelup dengan dakwat selepas membuang undi semasa referendum kemerdekaa­n Kurdistan di Erbil, semalam.
BARZANI menunjukka­n jarinya yang dicelup dengan dakwat selepas membuang undi semasa referendum kemerdekaa­n Kurdistan di Erbil, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia