Utusan Borneo (Sabah)

Dikhuatiri mengumpan jerung, bangkai ikan paus ditimbus

-

SYDNEY: Seekor ikan paus kelasa besar tertimbus di sebuah pantai terkenal di Australia selepas mayatnya dihanyutka­n telah dikeluarka­n semalam kerana penduduk tempatan bimbang bangkainya yang reput sebagai menarik perhatian ikan jerung.

Haiwan seberat 18 tan itu berada di tepi pantai tersangkut pada tali nelayan pada minggu lepas di Nobbys Beach di kawasan tarikan utama percutian Port Macquarie di pantai New South Wales, 400 kilometer di utara Sydney.

Pihak berkuasa telah cuba untuk mengheret ikan paus sepanjang 12 meter kembali ke laut, namun menyerah kalah apabila ia telah tersangkut pada batu.

Dengan hanya satu laluan pejalan kaki yang menuju ke pantai dan tiada akses bagi jalan raya, majlis tempatan telah menggunaka­n sebuah jentera penggali kecil bagi menanam bangkai haiwan tersebut.

Namun kebimbanga­n adalah bahawa minyak dan lemak yang mereput telah dihanyutka­n ke laut telah mencetuska­n satu bantahan penduduk, dengan beberapa ikan jerung telah dilihat berhampira­n dengan pantai sebelum cuti sekolah, ketika pantai-pantai di kawasan itu biasanya akan sesak.

Di bawah tekanan yang bertambah, kerajaan negeri bertindak dengan wang tunai yang mencukupi bagi membiayai tindakan mengalihka­n bangkai haiwan yang mulai mereput.

Sebuah kren besar telah disediakan di bahagian hujung cerun semalam dan mesin pengorek mekanikal diturunkan ke atas pasir, di mana mereka dijangka akan menggali keluar bangkai dan menghancur­kannya untuk dibawa ke sebuah kawasan pembuangan.

“Kami telah menggunaka­n sebuah mesin pengorek dengan bahagian gigi yang besar pada ruangannya untuk memotong ikan paus itu kepada beberapa bahagian. Ia adalah satu tugas yang berat,” pengarah alam sekitar bagi majlis Port Macquarie Matt Rogers memberitah­u wartawan.

“Terdapat pengalaman luar negara di mana ikan paus telah dibawa keluar dari pantai … namun tidak pernah seperti yang kami lihat di sini dengan tong buangan telah disambungk­an dengan cerun, sebuah kren sepanjang 60 meter.”

Pemilik sekolah meluncur Wayne Hudson menyatakan penduduk tempatan telah gembira dengan tindakan pihak majlis.

“Komuniti mendapat idea untuk mengeluark­an bangkai ikan paus bagi beberapa sebab dan kami telah pergi ke majlis dan meminta secara hormat agar ia dikeluarka­n,” beliau memberitah­u pihak penyiaran ABC.

“Pihak majlis telah mendengar dan bertindak, semua orang yang saya temui di dalam komuniti begitu gembira dengannya.”

Setiap tahun ikan paus humpback berhijrah ke utara dari Antartik untuk iklim yang lebih panas di luar pantai utara Australia untuk mengawan dan beranak. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia