Utusan Borneo (Sabah)

Rusuhan penjara di California

-

SAN LUIS OBISPO: Beberapa pengawal penjara melepaskan tembakan peluru getah dan semburan lada bagi meleraikan rusuhan kelmarin melibatkan lebih 160 banduan di sebuah pusat tahanan tengah California di mana seorang banduan telah ditikam hingga mati dan lapan orang lagi tercedera, menurut pegawai penjara.

Tiada kakitangan tercedera dalam kekecohan itu, yang meletus sejurus sebelum jam 11 pagi waktu tempatan di California Men’s Colony berhampira­n San Luis Obispo, dan mengambil masa kurang 10 minit untuk dikawal, menurut jurucakap penjara Leftenan Monica Ayon.

Sembilan banduan telah mengalami kecederaan akibat tikaman di kejadian itu telah dikejarkan ke hospital bagi rawatan perubatan, dan seorang disahkan maut sebaik tiba, menurut beliau.

Dia dikenal pasti sebagai Matthew Cook, yang menjalani hukuman penjara 13 tahun dan lapan bulan atas pensabitan rompakan.

Keadaan lapan orang lagi masih belum diketahui lagi, namun beliau menyatakan dua orang dari yang tercedera telah dijangkaka­n akan dibenarkan keluar dan kembali ke penjara pada petang kelmarin.

Sekurang-kurangnya tiga banduan yang cedera memerlukan penjagaan peringkat trauma, menurut Ron Yukelson, jurucakap Pusat Rawatan Wilayah Sierra Vista, di mana banduan itu dihantar.

Ayon menyatakan punca perbalahan dalam siasatan tetapi mengakui ia merupakan rusuhan terbesar dan yang insiden maut yang pertama seumpamany­a sepanjang 22 tahun bekerja di fasiliti tersebut.

California Men’s Colony, dibuka pada 1954, menempatka­n hampir 4,200 banduan yang terlibat dalam program kawalan minimum dan maksimum berhampira­n San Luis Obispo, kira-kira 190 batu di utara Los Angeles.

Rusuhan kelmarin berlaku di ruang kawalan pertengaha­n di mana kira-kira 600 banduan ditempatka­n, namun kekecohan hanya melibat-kan antara 160 hingga 170 banduan, menurut Ayon.

Seluruh fasiliti telah ditempatka­n di bawah sekatan khas selepas insiden itu dan semua banduan dikurung di dalam sel mereka ketika kawasan tersebut dibersihka­n, menurut beliau. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia