Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki lepas tembakan di gereja di Nashville

-

WASHINGTON: Seorang penyerang bertopeng telah melepaskan tembakan kelmarin di sebuah gereja berhampira­n Nashville, Tennessee, membunuh seorang wanita, mencederak­an enam orang lagi dan memukul seorang lagi dengan pistol, menurut pihak polis.

Penyerang tersebut, yang berusia 26 tahun, telah menembak dirinya sendiri selepas dihalang oleh seorang penunjuk tempat duduk di Church of Christ Burnette Chapel dan telah dimasukkan ke hospital. Namun nyawanya dipercayai sebagai tidak dalam bahaya, jurucakap polis Don Aaron memberitah­u wartawan.

Dalam babak terbaharu bagi epidemik keganasan senjata di Amerika, pihak polis menyatakan penembak, seorang lelaki AfrikaAmer­ika yang memakai sesuatu seperti topeng meluncur salji, telah tiba di gereja dengan menaiki sebuah SUV biru ketika para penganut sedang meninggalk­an selepas sembahyang kelmarin dan segera menembak seorang wanita di tempat letak kereta.

Mangsa kemudian maut akibat kecederaan­nya.

Dia kemudian memasuki bahagian depan gereja ketika kira-kira 50 orang yang masih berada di dalam dan melepaskan beberapa das tembakan, mencederak­an enam orang lagi, menurut Aaron.

Selepas tembakan tersebut, seorang penunjuk tempat duduk telah berlari ke arah penembak dan menghalang­nya, serta telah dipukul dengan pistol di bahagian kepalanya.

Dalam keadaan berdarah, penunjuk tempat duduk itu keluar menuju ke arah kenderaan dan mengeluark­an selaras senapang berlesen serta masuk semula ke dalam gereja, menurut jurucakap.

“Menurut kepada beliau, pada masa itulah penyerang tersebut telah menembak dirinya sendiri,” menurut Aaron.

Ketika pihak polis tiba di gereja, enjin kereta penembak masih lagi hidup.

“Ia kelihatan bahawa dia tidak menjangkak­an seorang individu yang berani seperti penunjuk tempat duduk gereja yang menghalang pergaduhan dan konfrontas­i,” jelas Aaron.

“Lelaki ini, kakitangan gereja ini adalah seorang individu yang luar biasa berani.”

Aaron menyatakan beliau tidak mengetahui tentang sebarang hubungan di antara penyerang dan orang di dalam gereja tersebut. Ketika penyerang telah dikenalpas­ti, pihak berkuasa masih belum lagi memberikan sebarang maklumat lanjut mengenai identitiny­a.

Jabatan Bomba Nashville menyatakan kebanyakan mangsa yang tercedera dalam kejadian tembakan berusia lebih 60 tahun. — AFP

 ??  ?? GAMBAR serahan Jabatan Polis Metro Nashville menunjukka­n keadaan di tempat kejadian di Burnett Chapel Church of Christ di Nashville, kelmarin. — Gambar Reuters
GAMBAR serahan Jabatan Polis Metro Nashville menunjukka­n keadaan di tempat kejadian di Burnett Chapel Church of Christ di Nashville, kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia