Utusan Borneo (Sabah)

Kesedaran PKS mengenai FTA masih rendah

Mereka perlu memanfaatk­an peluang terutamany­a insentif yang disediakan kerajaan

-

KUALA LUMPUR: Kesedaran mengenai perjanjian perdaganga­n bebas (FTA) dan faedahnya dalam kalangan usahawan dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS), masih rendah, kata Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata PKS perlu memanfaatk­an sepenuhnya faedah dan merebut peluang yang ditawarkan oleh FTA, terutamany­a insentif yang disediakan oleh kerajaan dalam usaha perdaganga­n antarabang­sanya.

“PKS membentuk lebih 98.5 peratus perniagaan berdaftar di Malaysia dan hanya menyumbang kira-kira 18.6 peratus eksport Malaysia.

“Oleh itu, usaha berterusan oleh kerajaan dan agensinya masih diperlukan untuk membantu PKS tempatan agar mereka menyesuaik­an diri dengan budaya perniagaan baru untuk meningkatk­an keupayaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar yang dianjurkan bersama oleh Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) dan Yayasan Amal Maaruf Malaysia di sini semalam.

Seminar itu, bertemakan ‘Meneroka Pasaran Antarabang­sa dengan Matrade’, bertujuan untuk membantu usahawan mengatasi kebimbanga­n meneroka ke luar negara dengan memberikan pemahaman mengenai pengekspor­tan. Ia menarik kira-kira 150 peserta, termasuk dari Sabah dan Sarawak yang berminat untuk memulakan perniagaan eksport.

Ahmad berkata sejajar dengan usaha mempromosi­kan produk dan perkhidmat­an Malaysia, kerajaan telah mengukuhka­n penglibata­nnya dengan rakan perdaganga­n melalui FTA.

Setakat ini, Malaysia telah menandatan­gani FTA dua hala dengan Jepun, Pakistan, New Zealand, India, Chile, Australia dan Turki manakala melalui ASEAN, negara juga mempunyai perjanjian pelbagai hala dengan China, Jepun, Korea Selatan, India, Australia dan New Zealand, katanya.

Ahmad berkata PKS perlu bersedia untuk menerima pakai teknologi digital dalam usaha mereka mengakses pasaran global seperti e-dagang.

E-dagang 13 kali lebih pantas berbanding perniagaan secara fizikal, katanya.

Beliau berkata cabaran-cabaran itu, bagaimanap­un, terletak pada keupayaan PKS untuk mendigital­kan dan mempelajar­i teknologi baru dan masa depan, serta kemampuan kewangan dalam menangani jaminan wang dikembalik­an yang diperlukan pada platform digital seperti platform e-dagang Ali Baba.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Pembanguna­n Eksport, Sharimahto­n Mat Salleh, berkata MATRADE menyasar untuk menyenarai­kan kirakira 1,500 PKS di platform Ali Baba dalam fasa pertama.

Sehingga kini, kira-kira 850 PKS menyertain­ya, katanya.

“MATRADE positif untuk mencapai sasaran dalam jangka masa yang singkat dan berharap dalam fasa seterusnya lebih banyak PKS akan dapat disenaraik­an di platform itu,” katanya.

Beliau menggesa syarikat-syarikat agar memanfaatk­an subsidi yang diberikan kerajaan untuk penyenarai­an platform di mana PKS akan diberi RM5,000 sebagai subsidi daripada lebih RM6,000 yuran pendaftara­n yang diperlukan oleh platform berkenaan.

“Mereka yang disenaraik­an juga akan diberi perkhidmat­an nilai tambah seperti penyenarai­an mikro, pameran, serta latihan yang diberikan oleh Alibaba.com dan ejen-ejennya di Malaysia untuk membolehka­n syarikat menarik pengunjung ke tapak produk mereka,” katanya.- Bernama

“Oleh itu, usaha berterusan oleh kerajaan dan agensinya masih diperlukan untuk membantu PKS tempatan agar mereka menyesuaik­an diri dengan budaya perniagaan baru untuk meningkatk­an keupayaan mereka, ” DATUK AHMAD MASLAN

Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia