Utusan Borneo (Sabah)

SkyWorld harap kerajaan pendekkan tempoh jualan Rumawip

-

KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah, SkyWorld Developmen­t Sdn Bhd, berharap kerajaan mempertimb­angkan untuk memendekka­n tempoh penjualan skim Dasar Rumah Wilayah Persekutua­n (Rumawip) kepada lima tahun dalam bajet 2018 yang akan datang.

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Ng Thien Phing berkata jurang itu perlu menyamai Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), yang telah dikurangka­n dari 10 hingga lima tahun.

“Projek perumahan mampu milik adalah program tanggungja­wab sosial korporat kami dan kami bukan sahaja menitikber­atkan soal kemampuan, tetapi juga, kualiti,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran SkyAwani Residences semalam.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutua­n, Tengku Adnan Tengku Mansor di sini semalam.

Ng berkata, SkyAwani Residences telah telah habis dijual dan penyerahan disasarkan pada 2018.

“Sekarang ini, projek SkyAwani Residences yang mempunyai nilai pembanguna­n kasar sebanyak RM360 juta, sudah siap 60 peratus.

“Kami menjangka ia akan selesai pada Ogos 2018, sembilan bulan lebih awal daripada jadual asal,” katanya.

Melangkah ke hadapan, Ng berkata syarikat itu akan melancarka­n projek perumahand­enganharga­yang berpatutan terbaharun­ya, SkyAwani 4 di Setapak, berikutan kadar ambilan yang berjaya sebelum ini membabitka­n SkyAwani 1 (Sentul), SkyAwani 2 (Jalan Ipoh) dan SkyAwani 3 (Setapak).

“Kami menyeru pembeli rumah pertama untuk mengambil kesempatan daripada SkyAwani 3 kerana nilainya akan meningkat disebabkan lokasi serta kemudahan, seperti SkyBridge dan SkyGarden.

“Kami cuba menambah baik setiap siri Rumawip dari segi pembanguna­n, disebabkan kami memberi tumpuan kepada kualiti, bukan kuantiti,” katanya, sambil menambah, SkyAwani 4 tidak akan menjadi projek terakhir syarikat berkenaan.

SkyWorld akan terus memperoleh tanah-tanah persendiri­an termasuk milik kerajaan, dan masa yang sama, terus memperuntu­kkan simpanan tanahnya yang berjumlah 55.44 hektar bagi pembanguna­n lain, katanya lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia