Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan muda digesa pasarkan produk secara dalam talian

-

SRI AMAN: Usahawan muda di sini digesa agar memasarkan produk mereka secara dalam talian bagi memperluas rangkaian perniagaan mereka.

Penyelia Kanan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Sri Aman, Fatimah Tahir berkata ini satu cara usahawan muda menceburka­n diri dalam bidang keusahawan­an memasarkan produk mereka.

“Kita percaya dengan memasarkan produk melalui dalam talian memperluas promosi produk mereka kepada masyarakat luar selain kepada penduduk di kawasan ini,” katanya pada penutupan Kursus Kemahiran Quickwin Pemanis Mulut dan Makanan Ringan anjuran Jabatan Kemas Sri Aman di sini kelmarin.

Fatimah menambah, ramai usahawan muda di sini menunjukka­n minat berniaga dalam talian dan ini merupakan satu petanda baik mampu menambahka­n pendapatan mereka.

Beliau menambah, dengan duduk sahaja dan berniaga di rumah mereka mampu menjana pendapatan sampingan menjual produk hasil tangan mereka sendiri.

“Sebagai contohnya, membuat keropok atau kuih muih mereka boleh mengambil tempahan menerusi dalam talian dan seterusnya menghantar ke rumah pelanggan.

“Berniaga dalam talian amat terkenal dan usahawan muda mampu meraih pendapatan lumayan dan meningkatk­an pendapatan ekonomi keluarga mereka,” katanya.

Kursus tiga hari dan berakhir semalam disertai seramai 15 orang usahawan muda dan bakal usahawan di sini.

 ??  ?? FATIMAH (kanan) melihat salah sebuah kumpulan menyediaka­n hidangan hasil kerja mereka pada kursus itu.
FATIMAH (kanan) melihat salah sebuah kumpulan menyediaka­n hidangan hasil kerja mereka pada kursus itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia