Utusan Borneo (Sabah)

Ini Sabah bah, memang begitu!

-

KOTA KINABALU: Sekali pandang dia kelihatan seperti orang Semenanjun­g tetapi loghatnya sebiji orang Sabah.

Itulah persepsi awal bagi kebanyakan pelanggan apabila pertama kali bersua dengan Pengarah Urusan Kumpulan BTC Berhad Datuk Abdul Kadir Sikkandar, 60, yang ramah orangnya.

Ditanya mengenai pengalaman 40 tahun tinggal di negeri ini, dia mula rancak menceritak­an beberapa peristiwa berkait perbezaan bahasa dan budaya Sabah dengan kampung asalnya, Setiawan Perak.

“Setelah kahwin, saya merantau bersama isteri dan anakanak semua lahir di Sabah. Saya juga ada menantu wanita Kadazan dari Penampang.

“Setelah beberapa tahun, kami pun balik kampung. Bila bercakap tu automatik ada bah, keluarga pun ketawa. Dia orang kata bahasa kamu sudah lain macam bahasa orang Indonesia,” ujarnya.

Kemudian, dia bercerita pula tentang pengalaman­nya ketika berjumpa rakan-rakannya di Kuala Lumpur.

“Pada suatu hari tu, saya ke KL berjumpa dengan kawan. Kawan tu pula membawa seorang lagi rakan, jadi saya pun bertanya...siapa nama kita?

“Orang tu jawab, mana saya tahu you punya nama! Saya pun tersentak dan baru sedar alamak sudah salah, saya di luar Sabah,” kongsi Abdul Kadir ketawa sambil menggeleng­geleng kepala.

Dia melanjutka­n ceritanya mengenai majlis reunion Sekolah Menengah Saint Anglo Chinese Setiawan yang diadakan selama tiga hari di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Katanya, pada hari ketiga dia mempelawa seluruh rakannya itu makan malam di kediamanny­a, dekat Kolombong.

“Kawan tu tanya, you tinggal di kawasan perumahan jadi di mana kami semua mahu parkir kereta? Saya jawab, di depan rumah saya ada gereja, letak saja kereta di sana.

“Kawan sudah hairan, aikk bolehkah begitu? Pihak gereja tak marahkah kita guna ruang parkir mereka? Saya kata, ini Sabah bah, memang begitu! kita hidup harmoni. Kalau ada majlis-majlis, gereja atau masjid memang akan benarkan orang luar guna parkir.

“Lagipun, paderi itu adalah ipar saya, namanya Father Daud. Tambah dia bingung, dia kata kenapa paderi tu nama Melayu? You kan muslim macam mana paderi itu boleh jadi ipar?

“Saya pun terangkan, kakak paderi itu masuk Islam dan berkahwin dengan abang saya. Ipar saya tu orang Cina Tuaran. Kemudian, kawan pun kata, wah di Sabah tiada perbezaan. Keluarga yang berbagai agama boleh hidup aman damai. Ia sangat bagus.

“Ini bukan pertama kali, ramai kawan saya datang dari overseas pun kagum dengan keharmonia­n Sabah kerana walaupun berbilang suku etnik tetapi mereka saling menghormat­i. Kita boleh katakan Sabah adalah contoh terbaik 1Malaysia dan persekitar­an beginilah yang baik untuk pertumbuha­n ekonomi,” kisahnya jujur.

 ??  ?? ABDUL Kadir (kanan) mengajak rakan-rakannya sertai tarian.
ABDUL Kadir (kanan) mengajak rakan-rakannya sertai tarian.
 ??  ?? ABDUL Kadir (tengah) bersama para pelanggann­ya menari joget di atas pentas.
ABDUL Kadir (tengah) bersama para pelanggann­ya menari joget di atas pentas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia