Utusan Borneo (Sabah)

Kaji potensi produk pelanconga­n

Gesaan kepada pengusaha pelanconga­n di daerah Beluran

- Oleh YUSOP TEPPO

BELURAN: Pengusaha pelanconga­n diminta mengkaji potensi pelanconga­n di Beluran bagi membantu pertumbuha­n ekonomi di kawasan itu.

Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata daerah Beluran mempunyai produk pelanconga­n yang menarik seperti pulau dan pantai yang menarik, hutan yang memiliki hidupan liar antaranya monyet proboscis serta kepelbagai­an tumbuhan.

Selain itu, katanya, kepelbagai kebudayaan yang asli dan unik penduduk daerah ini juga dijadikan tarikan pelanconga­n.

“Pengusaha pelanconga­n chalet dan inap desa perlu membantu membangunk­an daerah Beluran melalui pelanconga­n.

“Pelanconga­n mampu menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi sesebuah kawasan dan terbukti kerana sektor itu menjadi penyumbang ekonomi kepada negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pesta Tamu Permai di Kampung Bayu Permai di sini pada Sabtu. Turut hadir, Ketua Pemuda Umno Beluran Samad Jambri.

Pesta kali ketiga dianjurkan itu membabitka­n beberapa acara, antaranya Larian Perpaduan, Berbasikal, Kenderaan 4x4 Off Road, Tamu, Sukan Rakyat, Pertanding­an Ayam Serama dan Burung Murai.

Penganjura­n pesta itu dapat menarik penyertaan termasuk dari luar daerah Beluran.

Ronald yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata kerajaan ada menyediaka­n dana atau dengan kerjasama kerajaan dan swasta untuk pembanguna­n pelanconga­n.

Ia termasukla­h melalui tabung khas pelanconga­n dan tabung infrastruk­tur pelanconga­n untuk membantu industri berkenaan.

Mengenai penganjura­n pesta itu, beliau berkata pesta tamu bukan sahaja membantu usaha memupuk perpaduan kalangan rakyat malah menonjolka­n Beluran sebagai destinasi larian, sukan berbasikal dan pertanding­an kenderaan 4x4 Off Road yang mencabar.

Beliau berkata Pesta Tamu Permai adalah antara acara tahunan yang dapat menonjolka­n Beluran dan menambahka­n lagi pesta yang ada seperti Pesta Tagunggu Paitan, Pertanding­an Memancing Kampung Kolapis, Ampalud De Padau, Pesta Jagung di Kampung TebidongBi­dong dan Pesta Rambutan di Kampung Tangkaraso­n.

Ronald berkata pihaknya sentiasa terbuka untuk menyokong semua acara itu disebabkan Beluran memerlukan penganjura­n acaraacara tahunan itu bagi menonjolka­n daerah ini sebagai destinasi pelanconga­n dan penyertaan oleh pengunjung luar.

“Pelanconga­n mampu menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi sesebuah kawasan dan terbukti kerana sektor itu menjadi penyumbang ini.” ekonomi kepada negeri DATUK SERI DR RONALD KIANDEE Ahli Parlimen Beluran

 ??  ?? RONALD (tiga dari kanan) dan Samad (kanan) bergambar bersama penduduk kampung di replika ikan yang menjadi tarikan di Kg Bayu Permai.
RONALD (tiga dari kanan) dan Samad (kanan) bergambar bersama penduduk kampung di replika ikan yang menjadi tarikan di Kg Bayu Permai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia