Utusan Borneo (Sabah)

BTC angkat kebudayaan, bantu pacu ekonomi Sabah

-

KOTA KINABALU: Kumpulan BTC Berhad mengangkat kebudayaan Sabah ke dalam perniagaan­nya, sekaligus membantu memacu sektor pelanconga­n di negeri ini.

Pengarah Urusan Datuk Abdul Kadir Sikkandar, 60, berasal dari Setiawan Perak mendedahka­n pihaknya membawa konsep terbaharu iaitu santai dan makan malam yang sesuai untuk semua golongan pada setiap malam minggu.

“Konsep terbaharu ini kita bawa khusus untuk para pelanggan sama ada dari dalam dan luar negara dengan persembaha­n tarian, muzik serta menu tradisi Sabah.

“Selain menu yang berubah setiap minggu, para pelanggan akan dihiburkan dengan persembaha­n buskers dan penampilan khas badut untuk bermain permainan dengan golongan kanak-kanak.

“Pendek kata, ia seperti one stop centre yang sesuai untuk makan malam keluarga dan lokasi untuk meraikan rakanrakan dari luar Sabah dan kami namakan sebagai Malam Kebudayaan,” katanya.

Menurut beliau, tujuan mengetenga­hkan kebudayaan itu adalah langkah menunaikan tanggungja­wabnya sebagai peniaga dan pemaustati­n di negeri ini dengan memperkena­lkan Sabah kepada para pelancong.

“Selama 40 tahun menetap di sini, saya melihat Sabah sangat kaya dengan budaya memand- angkan pendudukny­a mempunyai lebih 30 suku etnik.

“Jadi, kita harus tonjolkan budaya ini kepada para pelancong luar negara dan mungkin juga kawan-kawan dari Semenanjun­g dan Sarawak.

“Respon yang kita dapat dari para pelancong amat memberangs­angkan, mereka kata seronok dapat menikmati juadah sambil menonton tarian kebudayaan,” jelas beliau.

Sehingga hari ini, BTC mempunyai 20 cawangan di seluruh Sabah termasuk cawangan baharu di Lahad Datu dan mempunyai 800 pekerja terdiri daripada anak tempatan.

Dari aspek program amal pula, kerjasama kumpulan itu dengan Jabatan Pendidikan Sabah dalam Program Latihan Transisi Kemahiran Vokasional Berkeperlu­an Khas Negeri Sabah masih diteruskan untuk tahun ketujuh, sejak dilancarka­n pada tahun 2010.

“Mereka adalah golongan istimewa yang mempunyai autisme, lembab (slow learners), dyleksia dan juga masalah pendengara­n.

“Di sini, kita beri peluang kepada mereka untuk merasai pengalaman berkerja mengikut kemampuan masing-masing dan membina keyakinan diri.

“Sudah lebih 200 orang yang kita bantu, mereka menjalani latihan selama tiga bulan, elaun dalam RM100, makan dan uniform.

“Paling membanggak­an, ada antara mereka yang telah tamat latihan dan berjaya membuka kedai bakeri dan kedai makan di dalam dan luar negara,” tambahnya.

 ??  ?? PELBAGAI menu menanti pengunjung.
PELBAGAI menu menanti pengunjung.
 ??  ?? SEBAHAGIAN pengunjung terhibur dengan persembaha­n tarian tradisi Murut.
SEBAHAGIAN pengunjung terhibur dengan persembaha­n tarian tradisi Murut.
 ??  ?? ABDUL Kadir bersama Sithi Khatijah ketika ditemubual.
ABDUL Kadir bersama Sithi Khatijah ketika ditemubual.
 ??  ?? PARA pengunjung yang turut menari tarian sumazau.
PARA pengunjung yang turut menari tarian sumazau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia