Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Pengetua Hulu Langat melancong ke Sabah melalui PKS SMK Badin

-

KHIDMAT pelanconga­n yang dikendalik­an oleh Pelanconga­n Koperasi SMK Badin terus menjadi pilihan pelancong dari Semenanjun­g Malaysia yang memilih Sabah sebagai destinasi pelanconga­n dalam negara.

Terbaharu, seramai

26 ahli rombongan MRSM Taiping, Perak menggunaka­n khidmat Pelanconga­n Koperasi (PKS) SMK Badin untuk mengunjung­i beberapa lokasi menarik di Sabah dari 20 hingga 23 September.

Seminggu sebelum itu, 23 ahli rombongan Majlis Pengetua Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat, Selangor turut memilih PKS SMK Badin sebagai hos.

Seperti biasa, rombongan disambut oleh beberapa AJK koperasi di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu kemudian dibawa terus ke lokasi penginapan untuk menyimpan bagasi dan merehatkan diri seketika setelah menempuh perjalanan yang agak lama dari Perak ke Kota Kinabalu, di samping menempuh kelewatan penerbanga­n dari Kuala Lumpur.

Sama seperti kumpulan pelancong yang lain, lokasi pertama yang dikunjungi sudah tentulah SMK Badin selaku hos pelanconga­n mereka.

Di SMK Badin, kedua-dua rombongan disambut dengan Tarian Rampaian Etnik Sabah yang dipersemba­hkan oleh Kumpulan Penari Budaya SMK Badin sendiri.

Sesi bergambar sesuatu yang wajib dilaksanak­an sebelum rombongan dibawa ke Bilik Transforma­si untuk mengikuti sesi taklimat berkaitan penglibata­n Koperasi SMK Badin dalam aktiviti pelanconga­n. Usai mendengar taklimat, rombongan pelancong dipelawa menikmati jamuan ringan sebelum meninjau-ninjau persekitar­an SMK Badin.

Setiap rombongan pelancong dibawa melihat dan menikmati persekitar­an SMK Badin yang tidak ketinggala­n mempromosi kekayaan budaya dan lokasi menarik negeri di bawah bayu melalui kewujudan Taman Mini Replika Sabah.

Antara yang menarik dalam Taman Mini Replika Sabah ialah Replika Rumah Dusun dan Bajau, Replika Glob Tanjung Simpang Mengayau, Taman Miniatur dan Replika Gunung Kinabalu.

Walaupun ada pelancong tidak berkesempa­tan menjelajah seluruh Sabah, tapi dengan mengunjung­i Taman Mini Replika Sabah di SMK Badin, seolah-olah mereka telah meneroka seluruh negeri ini.

Beberapa lokasi yang tersenarai dalam program lawatan mengikut susun atur hos pelanconga­n Koperasi SMK Badin adalah seperti Memorial Park dan Desa Cattle, kedua-duanya di Kundasang. Manakala, Pusat Tagal Sungai Luanti dan Kolam Air Panas Poring di Ranau menjadi destinasi wajib rombongan pelancong.

Beberapa lokasi lain seperti pekan Nabalu dan pekan Tamparuli turut tersenarai sebagai lokasi yang dikunjungi. Pasar Kraftangan Kota Kinabalu juga lokasi yang wajib dikunjungi oleh para pelancong.

PKS SMK Badin turut menjalin kolaborasi dengan Diiz Homestay ketika mengendali­kan program lawatan kumpulan pelancong dari keduadua organisasi berkenaan sebagai satu inisiatif baharu memperkasa­kan aktiviti bagi setiap kunjungan pelancong ke negeri Sabah.

 ??  ?? MRSM Taiping merakam gambar kenangan berlatarka­n Gunung Kinabalu.
MRSM Taiping merakam gambar kenangan berlatarka­n Gunung Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia